awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki Piala Asia: Malaysia tewas 1-4 di tangan Pakistan

Bernama
Bernama
25/08/2013
23:17 MYT
Hoki Piala Asia: Malaysia tewas 1-4 di tangan Pakistan
Malaysia gagal mengekalkan momentum memburu kemenangan kedua apabila tumpas 1-4 kepada bekas juara Pakistan pada saingan kumpulan A di Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini malam tadi.
Kesilapan benteng pertahanan pada babak kedua perlawanan membawa padah apabila Pakistan mengambil kesempatan untuk melakarkan kemenangan kedua selepas membenam Jepun 7-0 pada Sabtu.
Skuad negara, yang membelasah Taiwan 10-2 semalam, memulakan permainan dengan garang apabila membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-26.
Tersentak dengan gol tersebut, Pakistan bangkit semula untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-32 menerusi gol padang Muhammad Zubair.
Pada babak kedua, kelekaan pada barisan pertahanan negara membuka peluang kepada Pakistan mendahului dengan gol kedua Muhammad Dilber pada minit ke-46 diikuti jaringan ketiga oleh kapten Muhammad Waqas pada minit ke-60.
Shafaq Rasool mengesahkan tempat Pakistan ke separuh akhir dengan jaringan pada minit ke-66.
Pakistan, yang belum layak ke Piala Dunia 2014, akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan menentang Taiwan, esok.
Jurulatih negara Paul Revington ternyata kecewa dengan kekalahan itu dan mengakui benteng pertahanan agak longgar sehingga membolehkan Pakistan mengambil kesempatan menjaringkan gol.
Beliau berkata perlawanan akhir kumpulan menentang Jepun pada Selasa ini adalah amat penting kerana kedua-dua pasukan itu mencatatkan satu kemenangan dan bersaing untuk layak ke separuh akhir.
"Kita perlu mengambil sedikit masa untuk memperbaiki barisan pertahanan sebelum perlawanan menentang Jepun," katanya.
Pada perlawanan sebelum itu, juara bertahan Korea Selatan membuktikan mereka masih merupakan pasukan yang perlu disegani apabila membelasah Bangladesh 9-0 dalam saingan kumpulan B.
Jepun pula mengalahkan Taiwan 5-1 untuk menghuni tempat ketiga dalam kumpulan dengan tiga mata.
Esok, Bangladesh akan menentang Oman manakala India bertemu Korea Selatan, kedua-dua perlawanan dalam kumpulan B.
Topic Berkaitan
#hoki
#Malaysia
#Pakistan
#Piala Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan