SUKAN
Hoki Piala Negara-Negara: Bermain di laman sendiri bukan jaminan kemenangan Speedy Tigers

Kapten pasukan hoki Malaysia, Muhammad Marhan Mohd Jalil (kiri) bersama ketua jurulatih skuad hoki Pakistan, Tahir Zaman (kanan) ketika sidang media hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan bakal berdepan tekanan tinggi apabila turun menentang Pakistan pada aksi pertama Kumpulan B bagi Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini esok.
Ringkasan AI
- Malaysia hadapi tekanan tinggi menentang Pakistan: Skuad hoki lelaki kebangsaan, Speedy Tigers, bakal beraksi dalam perlawanan pertama Kumpulan B menentang Pakistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan harapan menang untuk meningkatkan motivasi dan peluang mara ke separuh akhir.
- Strategi pasukan dan cabaran lawan: Kapten Muhammad Marhan Mohd Jalil mengakui tekanan bermain di laman sendiri dan menekankan kepentingan disiplin pasukan, sementara Pakistan dikenali sebagai pasukan kuat dengan kelebihan pakar pukulan sudut penalti, Sufyan Khan.
- Kedudukan Malaysia dalam kejohanan: Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Pakistan, New Zealand, dan Jepun, sementara Kumpulan A terdiri daripada Perancis, Afrika Selatan, Korea Selatan, dan Wales. Speedy Tigers menamatkan edisi terdahulu di tangga ketujuh.
"Jadi, pasukan perlu lebih disiplin dalam padang seawal minit pertama sehingga habis. Ini kerana perlawanan pertama ini penting dan kita perlu menang untuk tingkatkan motivasi serta peluang mara ke separuh akhir," katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.
Muhammad Marhan ketika diminta mengulas mengenai perlawanan itu menyifatkan Pakistan sebagai pasukan yang kuat, selain memiliki kelebihan menerusi pakar pukulan sudut penalti Sufyan Khan.
Beliau bagaimanapun berharap agar barisan pemain negara tidak terlalu memberi tumpuan kepada pemain itu kerana beliau percaya Pakistan mempunyai strategi yang berbeza.
"Kami tak boleh fokus kepada seorang sahaja kerana kita perlu ingat mereka (Pakistan) mungkin ada senjata lain. Mungkin mereka ada orang kedua, kita pun tak tahu.
"Jadi, kami akan ikut perancangan yang sudah diberikan oleh jurulatih dan harap barisan pertahanan berada pada tahap terbaik dalam perlawanan itu nanti," kata pemain berusia 35 tahun itu.
Pada kejohanan kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Pakistan, New Zealand dan Jepun, manakala Kumpulan A dibarisi Perancis, Afrika Selatan, Korea Selatan dan Wales.
Untuk rekod, Speedy Tigers menamatkan edisi terdahulu di Gniezno, Poland di tangga ketujuh.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami