awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki Piala Remaja Asia 2020 diadakan pada Julai 2021

Bernama
Bernama
20/11/2020
00:00 MYT
Hoki Piala Remaja Asia 2020 diadakan pada Julai 2021
Menurut Persekutuan Hoki Asia (AHF) dalam laman web www.asiahockey.org hari ini, tarikh baharu itu diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 yang ditangguh dua kali berikutan pandemik COVID-19 akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh dari 1 hingga 10 Julai 2021.
Menurut Persekutuan Hoki Asia (AHF) dalam laman web www.asiahockey.org hari ini, tarikh baharu itu diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
AHF menegaskan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Jan 1999 layak mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang menjadi perlawanan kelayakan untuk Piala Remaja Lelaki Dunia 2021 di India.
Sebanyak 10 pasukan akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu iaitu Malaysia, China, Taiwan, India, Jepun, Korea Selatan, Oman, Uzbekistan, Pakistan, dan tuan rumah Bangladesh.
Kejohanan itu pada mulanya dijadual diadakan pada 4 hingga 12 Jun, tetapi pada September lepas, ia ditunda ke 21 hingga 30 Jan 2021, sebelum AHF sekali lagi membuat keputusan untuk menangguh kejohanan itu ke satu tarikh susulan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persekutuan Hoki Asia
#Persekutuan Hoki Antarabangsa
#pandemik
#COVID-19
#hoki
#sukan
#remaja
#lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan