SUKAN
Hoki Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia ke separuh akhir
Pemain Malaysia Fitri Saari dikepun pertahanan Jepun pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Stadium Hoki Kuantan, malam tadi. - Foto Bernama
The Speedy Tigers melakar kemenangan besar di Kuantan, Pahang apabila menewaskan Jepun 7-2 dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2016, malam tadi.
Skuad kendalian Stephen van Huizen membuka tirai jaringan menerusi Aiman Nik Rosemi pada minit ke-23 sebelum Rashid Baharom menambah gol kedua selang empat minit kemudian.
Kemudian, Malaysia menambah dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Nabil Fikri (m-33) dan Faizal Saari (m-37).
Meskipun mendahului 4-0, skuad hoki negara tidak memperlahankan rentak, sebaliknya menambah jaringan kelima pada minit ke-44 menerusi Firhan Ashari.
Selepas membuat pelbagai sumbangan dan hantaran berbahaya, perancang tengah, Fitri Saari, akhirnya berjaya menyumbang gol keenam pada minit ke-58.
Gol ketujuh skuad negara tiba pada minit ke-59 menerusi pukulan penalti stroke yang disempurnakan oleh Faizal Saari.
Jepun sempat meraih dua gol di hujung perlawanan menerusi Kenji Kitazato (m-59) dan Kenta Tanaka (m-60).
Kemenangan tersebut meletakkan skuad hoki negara di landasan tepat untuk melangkah ke separuh akhir selaku pendahulu kumpulan.