KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Choong Hon Jian-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang selepas muncul juara Kejohanan Antarabangsa Slovenia 2021, apabila berjaya melepasi pusingan pertama Terbuka Austria pada Jumaat.
Pasangan bukan pilihan itu mengejutkan wakil tuan rumah yang juga pilihan kelapan kejohanan Philip Berker-Katharina Hochmeir 21-11, 21-23, 21-12 untuk menempah pertemuan dengan satu lagi pasangan negara Muhammad Haikal-Low Yeen Yuan, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bwfbadminton.com.
Muhammad Haikal-Yeen Yuan sebelum itu menewaskan pasangan Perancis Nicolas Hoareau-Laeticia Jaffrennou 21-19, 21-16.
Turut mara ke pusingan kedua, Beh Chun Meng-Cheng Su Hui menewaskan pasangan Belanda Aram Mahmoud-Amy Tan 21-14, 19-21, 21-12 dan dijadual berdepan pilihan keenam dari Poland Pawel Smilowski-Wiktoria Adamek yang mengenepikan pasangan negara Goh Boon Zhe-Cheng Su Yin.
Sementara itu, tuah menyebelahi pemain perseorangan lelaki negara Justin Hoh apabila lawannya dari Slovenia Milan Dravata terpaksa menarik diri, untuk berdepan pemain Indonesia Panji Ahmad Maulana.
Tiada wakil acara perseorangan wanita mara ke pusingan seterusnya selepas pemain negara Khor Jing Wen tewas kepada pemain Switzerland Jenjira Stadelmann 10-21, 21-12, 21-17 sementara Siti Nurshuhaini terpaksa menarik diri sekali gus memberi kemenangan percuma kepada wakil Sepanyol Beatriz Corrales.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Pasangan bukan pilihan itu mengejutkan wakil tuan rumah yang juga pilihan kelapan kejohanan Philip Berker-Katharina Hochmeir 21-11, 21-23, 21-12. -Gambar fail
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Kejayaan Arif-Haikal bukti keberkesanan program remaja
BAM kini memiliki perancangan untuk memastikan gandingan itu tidak tenggelam di sebalik rentetan kisah dukacita bakat beregu lelaki Malaysia itu.
Terbuka Austria: Pemain Malaysia kejutkan pilihan kejohanan di pusingan kedua
Pasangan beregu negara terus mempamerkan aksi bertenaga apabila mengejutkan gandingan pilihan untuk mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Austria, malam ini.
Hon Jian-Ee Wei bermula langkah kanan di Terbuka Austria
Pasangan bukan pilihan itu mengejutkan wakil tuan rumah yang juga pilihan kelapan kejohanan Philip Berker-Katharina Hochmeir 21-11, 21-23, 21-12.