SUKAN
Hukuman ke atas FAM: AFC tunggu keputusan Tribunal Bola Sepak FIFA
Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor John, berkata pihaknya menunggu keputusan akhir Tribunal Bola Sepak di bawah FIFA berhubung hukuman yang dikenakan ke atas FAM dan pemain terbabit.
KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan sedang menunggu keputusan akhir Tribunal Bola Sepak di bawah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan.
Ringkasan AI
Perkembangan itu dikongsi Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor John dalam satu maklum balas ringkas kepada Bernama hari ini.
"Kami sedang menunggu keputusan akhir daripada Tribunal Bola Sepak (FIFA)," katanya.
Dalam satu kenyataan semalam, FIFA memaklumkan jawatankuasa tatatertib badan induk itu menjatuhkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan kebangsaan kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Pemain-pemain yang dikenakan tindakan adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Menurut FIFA, FAM didapati menyerahkan dokumen palsu bagi mengesahkan kelayakan pemain terbabit, membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lepas.
Selepas perlawanan itu, FIFA menerima aduan rasmi berkaitan status kelayakan beberapa pemain.
Susulan aduan rasmi berkenaan, FAM didenda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) dan digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa dari tarikh notifikasi keputusan tersebut.
FAM dalam kenyataan mengesahkan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan FIFA berhubung hukuman itu sebagai usaha menjaga kepentingan pemain dan pasukan kebangsaan.
Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan pihaknya telah menerima keputusan rasmi FIFA mengenai kes berkenaan, sambil menegaskan semua dokumentasi dan prosedur berkaitan telah dikemukakan secara telus mengikut garis panduan ditetapkan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- FIFA menjatuhkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan kerana didapati menyerahkan dokumen palsu berkaitan kelayakan pemain untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2027, dengan FAM didenda CHF350,000 dan pemain digantung 12 bulan serta didenda CHF2,000 setiap seorang.
- AFC mengesahkan sedang menunggu keputusan akhir daripada Tribunal Bola Sepak FIFA berhubung kes tersebut, sementara FAM menyatakan akan mengemukakan rayuan bagi mempertahankan kepentingan pemain dan pasukan kebangsaan.
- FAM menegaskan semua dokumentasi telah dikemukakan secara telus mengikut garis panduan, dan isu ini timbul susulan aduan rasmi selepas perlawanan menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.