awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutang KAFA bukan hutang peribadi - Annuar

Astro Arena
Astro Arena
08/08/2018
04:04 MYT
Hutang KAFA bukan hutang peribadi - Annuar
Bagi Annuar, sebagai seorang calon yang bertanding merebut jawatan presiden, sepatutnya Bibi Ramjani sedar akan risiko yang bakal dihadapi selepas diberi mandat oleh kongres pemilihan KAFA, setahun lalu. - Gambar fail
TAN SRI Annuar Musa membidas reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, yang menggesa kepimpinan terdahulu menyelesaikan segala hutang lama yang ditinggalkan demi menyelamatkan bola sepak negeri itu.
Bagi Annuar, sebagai seorang calon yang bertanding merebut jawatan presiden, sepatutnya Bibi Ramjani sedar akan risiko yang bakal dihadapi selepas diberi mandat oleh kongres pemilihan KAFA, setahun lalu.
"Kalau nak suruh pengurusan lama bayar hutang, jangan ambil alih persatuan itu. Sistem mana yang diguna pakai kalau hanya mahu aset tetapi tidak mahu ambil liabiliti?
"Ini sistem jenis apa? Hutang KAFA bukan hutang peribadi dan sesiapa sahaja yang mengambil alih seharusnya tahu apa itu aset dan apa itu liabiliti? Takkan benda senang macam ini pun buat-buat tak faham," katanya.
BACA: Bibi Ramjani pertahan jawatan Presiden KAFA
Annuar, yang pernah memimpin KAFA lebih daripada 10 tahun juga menjelaskan perkara yang sama (isu hutang) turut dialaminya semasa baru mengambil alih persatuan dan menanggung segala hutang yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu.
“Sewaktu kami ambil alih KAFA pada 2008, mereka (pengurusan lama) turut tinggalkan hutang. Kami tidak pernah menyuruh mereka membayar, sebaliknya cari jalan untuk mengatasinya.
"Mana ada persatuan yang bila diambil, hanya mahu asetnya sahaja, tetapi tidak liabilitinya."
Drama sindir-menyindir kedua-dua tokoh ini bermula apabila Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mencadangkan individu yang tidak mampu mentadbir KAFA supaya berundur diri dengan segera.
Bibi Ramjani membalas dengan menyifatkan pengurusan KAFA di bawahnya berjaya membayar hutang yang ditinggalkan pengurusan lama serta memperoleh lesen layak beraksi dalam Liga Malaysia, musim ini.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#KAFA
#Liga Malaysia
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan