awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ia bukanlah perpisahan yang saya impikan - Iniesta

Israr Khalid
Israr Khalid
02/07/2018
04:27 MYT
Ia bukanlah perpisahan yang saya impikan - Iniesta
Iniesta kelihatan muram selepas kalah dalam sepakan penalti dalam perlawanan menentang Rusia di Stadium Luzhniki, Moscow pada 1 Julai 2018. - REUTERS
Andres Iniesta sah mengucapkan selamat tinggal kepada pentas antarabangsa apabila berakhirnya cabaran Sepanyol dalam Piala Dunia FIFA 2018 selepas tewas kepada tuan rumah, Rusia.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow, Iniesta bermula di bangku simpanan apabila jurulatih, Fernando Hierro lebih memilih Marco Asensio untuk membarisi kesebelasan utama.
Bekas bintang Barcelona itu kemudian masuk menggantikan David Silva pada minit ke-67, kemudian melakukan jaringan pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat satu sama sepanjang 120 minit permainan.
Dan ia bukanlah pengakhiran yang gemilang untuk karier cemerlangnya bersama La Roja.
"Ini merupakan aksi terakhir saya untuk pasukan Sepanyol, dan segala keindahannya telah berakhir. Ada kalanya penamatnya tidaklah seperti yang kita impikan.
"Ianya saat yang amat memedihkan, apabila kami telah menempuhi pelbagai detik, kami tidak mampu untuk meneruskannya lebih jauh.
"Secara peribadi, ia bukanlah perpisahan yang saya mimpikan, tetapi perkara begini berlaku dalam hidup," katanya selepas perlawanan itu.
Iniesta adalah pemain yang bertanggungjawab meletakkan bintang pertama pada jersi Sepanyol, apabila menjaringkan gol tunggal dan gol kemenangan ke atas Belanda pada final 2010.
Dia jugalah antara ahli Generasi Emas Sepanyol yang gemilang menjulang gelaran Raja Eropah pada 2008 dan 2012.
Iniesta, 34, meninggalkan Barca musim panas ini selepas membantu kelab Catalan itu memenangi La Liga, dan bakal beraksi bersama kelab Jepun, Vissel Kobe.
Topic Berkaitan
#Andres Iniesta
#barcelona
#Euro
#Piala Dunia
#Piala Dunia AWANI
#Raya Bola 2018
#sepanyol
#Vissel Kobe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan