SPORTS
"Ia pengorbanan kecil buat United" - Ruben Amorim teruja terbang ke Malaysia
Amorim menjanjikan para pemainnya tetap menampilkan aksi terpuji sambil merancang persiapan mengenai kebajikan seluruh pasukan ketika pramusim berjalan. - Stadium Astro
KEPENATAN bukan masalah utama Manchester United mengadakan perlawanan pramusim di Malaysia meskipun saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan tamat akhir Mei depan.
The Red Devils dijadualkan terbang ke tanah air pada 26 Mei, sehari selepas pertemuan terakhir EPL berdepan Aston Villa bagi menentang ASEAN All Star di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ketua jurulatih, Ruben Amorim, mempertahankan keputusan kelab itu dengan menjanjikan para pemainnya tetap menampilkan aksi terpuji sambil merancang persiapan mengenai kebajikan seluruh pasukan ketika pramusim berjalan.
"Kami perlu melihat peranan kelab. Kenaikan harga tiket untuk peminat.
“Kami melakukan semua ini jadi kami juga perlu membuat pengorbanan kecil.
"Ia akan mengambil masa enam hari untuk membina hubungan dengan peminat kami di seluruh dunia.
“Mereka datang ke sini setiap hujung minggu untuk melihat perlawanan di Old Trafford, jadi semua orang dalam kelab harus berkorban.
"Tiada apa yang perlu dibandingkan dengan peminat yang hadir ke stadium.
"Kami akan mengembara dalam keadaan yang sangat baik. Kami akan bergilir.
“Kami mahu menunjukkan kepada peminat kami di bahagian lain dunia, dan tugas saya untuk menguruskan semua pemain," katanya. -- Stadium Astro