SUKAN
Ia satu kebanggaan untuk ketahui kisah keluarga kami di Malaysia - Chinaldo
Pemain berdarah Malaysia melalui neneknya ini menyifatkan peluang tersebut sebagai penghormatan besar dan bertekad memberi sumbangan terbaik kepada skuad kebangsaan. - Stadium Astro
RICHARD Chin sememangnya berharap dapat mewakili Harimau Malaya dan impiannya kini terlaksana apabila menjadi sebahagian pemain yang disenaraikan untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula esok.
Ringkasan AI
Pertahanan sayap berusia 22 tahun itu, yang kini mewakili kelab Scotland, Raith Rovers, berkata dia amat berbangga memiliki darah Malaysia melalui neneknya dan bersedia memberikan sumbangan terbaiknya buat negara.
"Tahun lalu, ketika berbincang dengan ejen, saya menyedari bahawa saya berpotensi untuk mendapatkan pasport Malaysia dan berpeluang mewakili Malaysia," katanya dalam satu wawancara bersama Stadium Astro.
"Apabila mendengarinya, saya amat berminat. Ia merupakan satu penghormatan besar dan satu keistimewaan untuk mendapatkan peluang itu.
"Dalam dua tahun ini, saya tertanya-tanya mengenai identiti saya. Saya membesar di England dengan budaya England dan saya amat bertuah untuk menikmati apa yang diberikan sekolah dan kelab bola sepak saya dan segalanya di negara ini.
"Tetapi pada masa sama, saya amat gembira dapat bercakap dengan nenek saya tentang warisan saya di Malaysia dan ia memberikan saya satu kebanggaan untuk mengetahui kisahnya dan semua keluarga kami di Malaysia.
"Amat bagus dapat pulang ke Malaysia dan memberikan sumbangan, bermain untuk Malaysia dan ia dipenuhi perkara positif."
Chinaldo bersama Harimau Malaya akan menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa bermula dengan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September ini sebelum menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri empat hari kemudian. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Richard Chin, pemain Raith Rovers berusia 22 tahun, dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula esok, merealisasikan impiannya mewakili Malaysia.
- Pemain berdarah Malaysia melalui neneknya ini menyifatkan peluang tersebut sebagai penghormatan besar dan bertekad memberi sumbangan terbaik kepada skuad kebangsaan.
- Harimau Malaya dijadualkan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura (4 Sept) dan Palestin (8 Sept).