SPORTS

IESF-WEC: Todak sah wakil negara

Astro Arena 14/04/2025 | 06:15 MYT
Todak mengungguli kedudukan pertama kelayakan Malaysia ke IESF-WEC 2025 dengan mengumpul lima mata. - Stadium Astro
PASUKAN e-sukan tanahair, Todak sah akan mewakili negara pada Kejohanan World Esport (WEC) 2025 selepas muncul juara dalam kelayakan Malaysia dalam sukan Mobile Legends (MLBB) pada hujung minggu lalu.

Perkara itu disahkan dalam satu hantaran media sosial rasmi milik Persekutuan E-Sukan Malaysia.


Antara barisan pemain Todak dalam kelayakan ke WEC ialah:


1. Momo
2. Zahyed
3. Hazelnut
4. Yanlord
5. Zaimsempoi
6. Syihin

Perlawanan pertama menyaksikan Todak mudah menewaskan DX Soul dengan keputusan 2-0, pada perlawanan kedua, Todak sedikit bergelut menentang Team Vamos dengan merekodkan kemenangan 2-1 sebelum tewas pada perlawanan terakhir menentang Homebois 1-2.

Todak mengungguli kedudukan pertama kelayakan Malaysia ke IESF-WEC 2025 dengan mengumpul lima mata. -- Stadium Astro




#IESF-WEC 2025 #Kejohanan World Esport #Todak #wakili Malaysia