[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Ikon tinju dunia selamat dikebumikan

Astro Awani 18/01/2014 | 03:53 MYT
Ikon sukan tinju Sulaiman Jose yang meninggal dunia pada 16 Januari lalu selamat dikebumikan dalam satu majlis yang dihadiri rakan-rakan, saudara-mara dan tokoh masyarakat tinju.
Anak presiden Majlis Tinju Dunia itu, Mauricio Sulaiman berkata, bapanya meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles.
Sulaiman telah dimasukkan ke Pusat Perubatan UCLA kerana masalah jantung dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun.
Beliau menyertai Majlis Tinju Dunia sejak 1968 dan telah memperkenalkan undang-undang dan peraturan baru bagi melindungi peninju.
Boxing Hall of Fame telah mengiktiraf Sulaiman di atas jasanya selama lebih tiga dekad dalam sukan tinju.
#Majlis Tinju Dunia #Sulaiman Jose #tinju