awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imbasan CT Tze Liang normal - Hannah

Bernama
Bernama
03/11/2024
02:30 MYT
Imbasan CT Tze Liang normal - Hannah
Penerjun wakil kebangsaan Ooi Tze Liang ketika bergambar bersama pingat selepas menjuarai acara 3 meter papan anjal lelaki akhir pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023. - Foto BERNAMA
NANTONG (China): Imbasan CT penerjun negara, Ooi Tze Liang yang mengalami kecederaan semasa final acara papan anjal 3 meter lelaki Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam, didapati dalam keadaan normal.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata beliau telah menghubungi Tze Liang, 30, yang mengalami luka di kepala selepas terhantuk papan anjal ketika melakukan terjunan kedua.
"Saya telah mesej beliau, dan beliau dalam keadaan baik, boleh membalas mesej saya. Beliau baru sahaja diperiksa doktor, dan doktor mengesahkan imbasan CT adalah normal.
"Perkara itu sangat melegakan. Saya menonton video kejadian itu dan melihat bagaimana mereka segera memberikan rawatan awal. Institut Sukan Negara (ISN) merupakan pihak pertama yang memaklumkan kepada saya, jadi saya telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif untuk meneliti bentuk pemulihan yang boleh diberikan kepada beliau," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Kejohanan Wusyu ASEAN-China, di sini hari ini.
Semasa kejadian, Tze Liang bersaing bersama rakan sepasukan, Muhammad Syafiq Puteh, serta penerjun dari Jepun, New Zealand, Indonesia, Taiwan, dan Singapura. Kecederaan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan saingan dalam acara itu.
Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low, turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu maklumat terkini daripada pegawai bertanggungjawab mengenai keadaan Tze Liang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imbasan CT
#Ooi Tze Liang
#kecederaan
#normal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan