SPORTS
Impak besar Corbin-Ong pilih Harimau Malaya berbanding Kanada
Corbin telah mengumpul 40 kap dan menjaringkan empat gol untuk Malaysia. - Stadium Astro
FIGURA pertahanan kiri Harimau Malaya, La’Vere Corbin-Ong, yang memilih untuk mewakili Malaysia berbanding terus bersama Kanada antara semangat yang mencuri tumpuan dengan kehadirannya banyak membantu skuad negara.
Ringkasan AI
- Pemain pertahanan kiri ini memilih untuk mewakili Harimau Malaya sejak 2019, memberikan impak besar kepada skuad negara setelah sebelum ini menetap di Kanada dan beraksi di Eropah.
- Corbin telah mengumpul 40 kap dan menjaringkan empat gol untuk Malaysia, termasuk gol terbaru ketika kemenangan 2-0 ke atas Nepal dalam Kelayakan Piala Asia 2027.
- Sejak menyertai Johor Darul Tazim (JDT) pada 2017, Corbin telah beraksi dalam 181 perlawanan, menjaringkan sembilan gol, dan mencatat 23 bantuan jaringan.
Pemain berusia 34 tahun itu memilih untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada 2019, dengan kap sulungnya ketika kem negara di bawah kendalian Tan Cheg Hoe dalam sebuah perlawanan persahabatan berdepan Nepal.
Pemain berdarah campuran Malaysia-Barbados menetap di Kanada pada 2012, malah dia turut pernah beraksi bersama pasukan FSV Frankfurt dan Go Ahead Eagles sebelum menyertai Johor Darul Ta'zim pada penghujung 2017 sehingga kini.
Untuk rekod, sepanjang mewakili Harimau Malaya Corbin telah mengumpul 40 kap bersama Malaysia dan mengumpul empat jaringan.
Gol terbhaarunya adalah ketika membantu skuad negara menewaskan Nepal 2-0 dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-70 dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027.
Malah, mengikut laman bola sepak transfermrkt, dia telah beraksi dalam 181 perlawanan bersama JDT dengan Corbin telah menjaringkan sembilan jaringan serta melakukan 23 bantuan jaringan.