SUKAN
India di ambang krisis, bakal diharamkan oleh FIFA
Akbar tempatan melaporkan bola sepak India berpotensi dikenakan hukuman penggantungan oleh badan induk dunia itu. - Foto Stadium Astro
PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dilaporkan telah menghantar surat rasmi berkenaan isu perlembagaan yang perlu diselesaikan segera oleh Persekutuan Bolasepak India (AIFF).
Akbar tempatan melaporkan bola sepak India berpotensi dikenakan hukuman penggantungan oleh badan induk dunia itu.
India berdepan ancaman ekoran kebimbangan terhadap kegagalan memuktamadkan perlembagaan dan kedua-dua FIFA serta AFC menuntut penjelasan selewat-lewatnya 30 Oktober depan.
Iklan
Perlembagaan AIFF telah menunggu keputusan di Mahkamah Agung India sejak 2017.
Sekiranya gagal mengemukakan sebarang keputusan, India akan diharamkan bermain daripada semua pertandingan antarabangsa.
FIFA sebelum ini menggantung India pada Ogos 2022 kerana pengaruh pihak ketiga selepas Mahkamah Agung melantik jawatankuasa pentadbir untuk menerajui AIFF.