SUKAN
Indonesia beri kewarganegaraan kepada empat pemain bola sepak wanita Belanda
Emily Julia Frederica Nahon, Felicia Victoria de Zeeuw, Iris Joska de Rouw dan Isa Guusje Warps kini secara rasminya adalah warganegara Indonesia. - Stadium Astro
KETIKA segelintir pihak luar mengkritik dan mempertikaikan tindakan pasukan bola sepak Malaysia menyenaraikan pemain warisan bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2027, negara jiran juga sebenarnya masih giat melakukan perkara sama demi memperkuatkan lagi skuad bola sepak kebangsaan mereka.
Ringkasan AI
Malah media Indonesia hari ini turut melaporkan bahawa perkara itu kini bahkan diperluas apabila skuad bola sepak wanita kebangsaan mereka juga ketika ini secara rasmi diperkuatkan oleh empat pemain naturalisasi Belanda yang sudah diberi kewarganegaraan negara itu.
Kompas.com dalam siaran terkini melaporkan bahawa Emily Julia Frederica Nahon, Felicia Victoria de Zeeuw, Iris Joska de Rouw dan Isa Guusje Warps kini secara rasminya adalah warganegara Indonesia.
"Pengambilan sumpah dan janji setia pewarganegaraan berlangsung di Jakarta, Selasa 10 Juni 2025," Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Direktur Jenderal Administrasi Hukum Umum (Dirjen AHU), Widodo dalam sidang mdia yang diadakan di Jakarta pada Selasa.
Malah menurut Widodo lagi Emily Julia Frederica Nahon sebenarnya memiliki garis keturunan Indonesia dari sebelah ayahnya yang lahir di Bogor, Jawa Barat.
Sementara Felicia Victoria pula dilaporkan memiliki garis keturunan daripada pihak sebelah nenek ibunya yang lahir di Jakarta sementara Iris Joska pula memiliki susur galur keturunan di daerah Lumajang, Jawa Timur.
Tambah Widodo, Isa Guusje Warps juga memiliki garis keturunan dari neneknya di Padang, Sumatera Barat dan beliau memiliki kemampuan yang telah terbukti di posisi sayap kanan ketika mewakili kelabnya iaitu NAC Breda.
Kesemua kewarganegaraan keempat-empat pemain naturalisasi itu sudah dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum membuat keputusan berdasarkan kepentingan dan kemampuan yang mampu dijelmakan mereka kepada negara Indonesia.
Malah Widodo menegaskan bahawa keutamaan nasturalisasi itu bukan sahaja sekadar perubahan status kewarganegaraan tetapi ia diberikan kepada warga asing yang telah berjasa kepada negara Indonesia. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Indonesia terus memperkuatkan skuad bola sepak kebangsaan dengan pemain naturalisasi, termasuk empat pemain Belanda yang kini menjadi warganegara untuk menyertai skuad bola sepak wanita.
- Keempat-empat pemain mempunyai garis keturunan Indonesia, dengan pewarganegaraan mereka disahkan selepas proses pengambilan sumpah di Jakarta, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan prestasi pasukan.
- Naturalisasi bukan sekadar perubahan status kewarganegaraan, tetapi diberikan kepada individu yang mampu menyumbang kepada negara, seperti Isa Guusje Warps yang mempunyai kepakaran sebagai pemain sayap kanan.
Malah media Indonesia hari ini turut melaporkan bahawa perkara itu kini bahkan diperluas apabila skuad bola sepak wanita kebangsaan mereka juga ketika ini secara rasmi diperkuatkan oleh empat pemain naturalisasi Belanda yang sudah diberi kewarganegaraan negara itu.
Kompas.com dalam siaran terkini melaporkan bahawa Emily Julia Frederica Nahon, Felicia Victoria de Zeeuw, Iris Joska de Rouw dan Isa Guusje Warps kini secara rasminya adalah warganegara Indonesia.
"Pengambilan sumpah dan janji setia pewarganegaraan berlangsung di Jakarta, Selasa 10 Juni 2025," Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Direktur Jenderal Administrasi Hukum Umum (Dirjen AHU), Widodo dalam sidang mdia yang diadakan di Jakarta pada Selasa.
Malah menurut Widodo lagi Emily Julia Frederica Nahon sebenarnya memiliki garis keturunan Indonesia dari sebelah ayahnya yang lahir di Bogor, Jawa Barat.
Sementara Felicia Victoria pula dilaporkan memiliki garis keturunan daripada pihak sebelah nenek ibunya yang lahir di Jakarta sementara Iris Joska pula memiliki susur galur keturunan di daerah Lumajang, Jawa Timur.
Tambah Widodo, Isa Guusje Warps juga memiliki garis keturunan dari neneknya di Padang, Sumatera Barat dan beliau memiliki kemampuan yang telah terbukti di posisi sayap kanan ketika mewakili kelabnya iaitu NAC Breda.
Kesemua kewarganegaraan keempat-empat pemain naturalisasi itu sudah dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum membuat keputusan berdasarkan kepentingan dan kemampuan yang mampu dijelmakan mereka kepada negara Indonesia.
Malah Widodo menegaskan bahawa keutamaan nasturalisasi itu bukan sahaja sekadar perubahan status kewarganegaraan tetapi ia diberikan kepada warga asing yang telah berjasa kepada negara Indonesia. -- Stadium Astro

#Skuad bola sepak wanita Indonesia
#pemain warisan
#pemain naturalisasi Belanda
#diberi kewarganegaraan