AARHUS (Denmark): Indonesia mengakhiri penantian selama hampir dua dekad untuk merangkul gelaran berprestij Piala Thomas 2020 apabila membenam juara bertahan China 3-0 pada perlawanan akhir di Arena Ceres di sini hari ini.
Kejayaan tersebut menyaksikan Indonesia muncul pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu dengan merangkul gelaran tersebut sebanyak 14 kali, dengan kali terakhir pada edisi 2002 di Guangzhou, China selepas menewaskan Malaysia 3-2 pada final.
China pula memenangi gelaran itu sebanyak 10 kali.
Pemain perseorangan nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting mengutip mata pertama Indonesia selepas ketinggalan set pertama sebelum menyingkirkan pemain nombor 27 dunia, Lu Guang Zu 18-21, 21-14, 21-16 dalam pertarungan selama 76 minit.
"Pada set pertama tadi, saya sedikit gementar dan Guang Zu lebih banyak memberi tekanan dan lebih agresif. Tetapi saya berjaya keluar daripada tekanan pada set kedua dan ketiga, lebih tenang dan berjaya memutarkan keadaan.
"Saya pernah bertemu dengannya sebanyak dua kali sebelum ini tetapi ini merupakan pertemuan paling sukar. Sebenarnya saya bersedia untuk berjumpa dengan Shi Yu Qi dan Guang Zu kerana tidak pasti Yu Qi akan bermain hari ini selepas kecederaan semalam.
"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana mampu mengatasi tekanan dan bermain dengan baik," kata Ginting selepas perlawanan itu.
Dalam percaturan barisan pemain, Indonesia menurunkan beregu ketiga negara itu Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto biarpun memiliki beregu nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan beregu nombor dua dunia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan.
Bagaimanapun, beregu nombor tujuh dunia itu mampu melakukan kejutan apabila hanya mengambil masa 42 minit untuk menyumbang mata kedua dengan menewaskan gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dalam straight set 21-12, 21-19.
Indonesia mengesahkan kejuaraan apabila pemain nombor tujuh dunia, Jonatan Christie berentap selama 82 minit untuk membutirkan mata kemenangan 3-0 dengan mengalahkan pemain nombor 65 dunia, Le Shi Feng, 21-14, 18-21, 21-14.
Jonatan, yang dianggap wira pasukan hari ini, memuji rakan sepasukan atas kejayaan itu selain mengucap terima kasih rakyat Indonesia atas sokongan padu mereka.
"Pastinya sangat-sangat luar biasa kerana kali terakhir kita menjulang piala ini pada 2002, dan itu sangat-sangat lama, masa itu pemain perseorangan kita Taufik Hidayat masih bermain. Saya berasa inilah waktunya kita membawa kembali Piala Thomas ke tanah air," katanya.
Walaupun tidak diturunkan pada pusingan akhir kali tetapi kemenangan tersebut merupakan kenangan paling indah bagi ketua pasukan, Hendra, dalam melengkapkan kutipan pingat dalam kariernya selepas gagal dalam tujuh percubaan Piala Thomas sebelum ini.
Pemain beregu berusia 37 tahun itu pernah merangkul kesemua gelaran utama dunia termasuk pingat emas Sukan Olimpik Bejing pada 2008, juara dunia sebanyak empat kali (2007, 2013, 2015 dan 2019), dua pingat emas Sukan Asia (2010 dan 2014) dan dua kali juara All England pada 2014 dan 2019.
Indonesia mara ke final selepas menewaskan Malaysia 3-0 di peringkat suku akhir dan Demark 3-1 di separuh akhir manakala China menundukkan Thailand 3-0 di suku akhir dan menumpaskan naib Jepun 3-1 di peringkat separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Indonesia mengakhiri penantian selama hampir dua dekad untuk merangkul gelaran berprestij Piala Thomas 2020 apabila membenam juara bertahan China 3-0 pada perlawanan akhir. - Foto Twitter Badminton Indonesia
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.