SPORTS

Indonesia tukar sistem: Daftar 11 import, lapan boleh main dalam satu masa

Astro Arena 17/05/2025 | 10:30 MYT
Badan induk itu merombak sistem pemain apabila setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 11 pemain import bagi menghadapi kancah tempatan. - Stadium Astro
LIGA Indonesia Baru (LIB) selaku pengelola pertandingan domestik mengumumkan penstrukturan terkini dengan menawarkan persaingan lebih tinggi bermula musim depan.

Terbaharu, badan induk itu merombak sistem pemain apabila setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 11 pemain import bagi menghadapi kancah tempatan, sekali gus menyediakan skuad untuk bertempur di peringkat lebih tinggi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Hal ini menyaksikan, kelab Indonesia akan menandatangani pemain luar negara bagi memperkuat pasukan merangkumi pelbagai posisi.

Dengan tidak melenyapkan bakat tempatan, lapan tonggak import dibenarkan bermain di atas padang dalam satu masa, sambil dibantu tiga pemain asal yang sudah pasti akan merebut slot selaku kesebelasan utama.

Adakah ini satu keputusan terbaik? Apakah nasib pemain tempatan? -- Stadium Astro




#Liga Indonesia Baru #tukar sistem #pemain import #liga tempatan #bola sepak