[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Ini cara bermain untuk kejar gelaran - Casemiro

Astro Arena 29/08/2021 | 01:06 MYT
Casemiro (tengah) berebut bola dengan pemain lawan, Nabil Fekir (kanan) ketika perlawanan La Liga antara Real Betis dan Real Madrid di Stadium Benito Villamarin di Seville, Sepanyol, 28 Ogos, 2021. (Foto AP)
CASEMIRO berasakan Real Madrid menunjukkan kelayakan mereka untuk mengejar kejuaraan LaLiga dalam kemenangan 1-0 ke atas Real Betis.
Dani Carvajal yang kembali cergas menjaringkan gol pertama sejak November 2019 selepas kembali tersenarai dalam kesebelasan utama bagi meletakkan Los Blancos di puncak LaLiga.
Betis memiliki peluang dalam pertembungan menarik semalam, Real terus melanjutkan 21 perlawanan tanpa kalah dalam saingan di Sepanyol.
Pemain tengah, Casemiro, percaya cara Real memastikan tiga mata -- dan pertama kali tidak dibolosi musim ini -- membuktikan kemampuan mereka bagi merebut semula takhta kejuaraan.
"Ini adalah cara untuk memenangi gelaran, kami bermain dengan baik," kata Casemiro. "Kuncinya adalah usaha daripada setiap pemain, daripada mereka yang baru tiba [di kelab].
"Kami memulakan 10 minit pertama dengan baik dan kemudian mereka meningkatkan lagi intensiti permainan, tetapi mereka sentiasa jauh dari gawang, tanpa menghadirkan ancaman."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Casemiro memuji kapten, Karim Benzema, yang mengumpan jaringan kemenangan Carvajal, dan menolak potensi kedatangan Kylian Mbappe.
"Liga ini sangat rumit, ia akan menjadi sangat sukar. Kami boleh membincangkan kualiti [Mbappe], tetapi dia tidak ada di sini," tambahnya.
"Kami terbiasa dengan kualiti Karim. Ini normal bagi kami."
#LaLiga Sepanyol #Real Madrid #Real Betis #Casemiro