SUKAN

Ini kata-kata Rute Cardoso selepas bergelar isteri Diogo Jota 11 hari lalu

Astro Arena 04/07/2025 | 04:30 MYT
Pasangan itu bertunang pada 2022 dan mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan. - Stadium Astro
PEMAIN bola sepak Liverpool, Diogo Jota berkongsi mesej yang menyentuh hati kepada isterinya, Rute Cardoso, hanya beberapa hari sebelum dia terbunuh secara tragis dalam kemalangan kereta di Sepanyol.


Ringkasan AI
  • Diogo Jota meninggal dunia dalam kemalangan tragis di Sepanyol, hanya 11 hari selepas berkahwin dengan kekasih zaman kanak-kanaknya, Rute Cardoso, dalam majlis penuh meriah di Porto.
  • Sebelum kejadian, Jota berkongsi mesej menyentuh hati di Instagram, membalas hantaran perkahwinan isterinya dengan ungkapan, "Tetapi saya paling bertuah."
  • Pasangan itu telah menjalinkan hubungan selama sembilan tahun, bertunang pada 2022, dan mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan.


Berita menyayat hati itu datang hanya 11 hari selepas Jota berkahwin dengan kekasih zaman kanak-kanaknya dalam satu majlis yang meriah di Porto, Portugal, dikelilingi keluarga dan tiga anak mereka.

Dalam apa yang kini dibaca sebagai penghormatan terakhir yang pedih, Jota membalas kiriman dari Cardoso di Instagram, di mana dia meraikan perkahwinan mereka dengan kata-kata, "Impian saya menjadi kenyataan."



Hanya sehari yang lalu, Cardoso menyiarkan video perkahwinan mereka di Instagram dengan kapsyen: "Hari yang tidak akan kami lupakan".

Video itu memaparkan pasangan itu bersiap untuk hari besar mereka dan menari sepanjang malam dengan rakan dan keluarga.

Selepas sembilan tahun bercinta, pasangan itu bertunang pada 2022 dan mengikat tali pertunangan tiga tahun kemudian. Mereka dikurniakan tiga anak bersama -- dua lelaki dan seorang perempuan. -- Stadium Astro

#Diogo Jota #pemain Liverpool #ucapan isteri #Perkhawinan #Rute Cardoso