SUKAN
Ini kenyataan rasmi America de Cali mengenai hukuman FIFA kepada Rodrigo Holgado
Holgado adalah antara tujuh pemain yang dikenakan penggantungan 12 bulan daripada bola sepak oleh FIFA. - Gambar fail/Bernama
KELAB Rodrigo Holgado, America de Cali, hari ini memaklumkan pemainnya itu bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memfailkan rayuan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai larangan 12 bulan daripada aktiviti bola sepak.
Ringkasan AI
Pemain berusia 30 tahun itu antara tujuh pemain termasuk Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Hevel yang dikenakan penggantungan 12 bulan daripada bola sepak.
"America de Cali memaklumkan kepada penyokong, media dan orang awam bahawa kami telah dimaklumkan hari ini mengenai sekatan yang dikenakan oleh FIFA ke atas pemain Rodrigo Holgado yang terdiri daripada larangan 12 bulan daripada menyertai sebarang jenis aktiviti berkaitan bola sepak yang akan berkuat kuasa dari tarikh pemberitahuan.
"Kedua-dua iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pemain akan memfailkan rayuan yang diperuntukkan dalam kod tetetertib FIFA, bagi membolehkan keputusan itu disemak oleh pihak berkuasa yang berwibawa.
"Jabatan Undang-Undang America de Cali akan sentiasa berhubung bersama FAM untuk mengetahui perkembangan proses ini." katanya.
Untuk rekod, menerusi kenyataan FAM semalam berkongsikan badan induk itu telah menguruskan segala dokumentasi serta prosedur berkaitan secara telus mengikut garis panduan yang ditetapkan dan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Rodrigo Holgado dan FAM akan memfailkan rayuan kepada FIFA berhubung penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.
- Holgado antara tujuh pemain yang dikenakan larangan 12 bulan oleh FIFA, termasuk beberapa pemain antarabangsa lain.
- America de Cali dan FAM bekerjasama dalam proses rayuan, dengan FAM menegaskan semua prosedur telah diuruskan mengikut garis panduan.