awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Intan Serah buka 'akaun gol' bersama New York Dutch Lions

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2023
04:15 MYT
Intan Serah buka 'akaun gol' bersama New York Dutch Lions
Intan juga membuktikan keupayaannya dalam menyaingi pemain lawan biarpun diasak hebat sebelum menjaringkan gol tersebut. - Gambar/ Sinar Harian
PEMAIN bola sepak skuad wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli membuka akaun gol pertama dalam saingan Liga Premier Bola Sepak Wanita (WPSL) Amerika Syarikat pada Ahad.
Penyerang berusia 23 tahun itu, yang lebih dikenali sebagai Intan Serah membalas kepercayaan New York Dutch Lions FC (NYDL) apabila meledak jaringan pada minit ke-84 ketika tewas 1-3 kepada New York Athletic Club (NYAC) di Kompleks Sukan LIU.
Biarpun tampil sebagai supersub, Intan ternyata menghadirkan bantuan dan ancaman kepada bahagian pertahanan pasukan lawan dalam perlawanan tersebut.
Intan juga membuktikan keupayaannya dalam menyaingi pemain lawan biarpun diasak hebat sebelum menjaringkan gol tersebut.
"Terima kasih kepada semua yang mempercayai saya di NYDL," kata pemain yang memakai jersi bernombor 10 selepas menambah sengat jentera hadapan pasukan.
Terdahulu Intan mencipta sensasi di bumi Amerika Syarikat apabila muncul pemain wanita pertama negara beraksi dalam saingan liga negara itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Intan Serah
#Amerika Syarikat
#pemain bola sepak wanita
#gol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan