IOC bincang dengan 10 hos berpotensi Sukan Olimpik akan datang

Bernama
Oktober 21, 2022 05:50 MYT
Negara-negara yang telah menyatakan minat untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2036 termasuk Mesir, India, Indonesia, Britain dan Korea Selatan. - Gambar hiasan
SEOUL: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sedang berbincang dengan 10 calon berpotensi untuk jadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai tertinggi IOC di sini pada Khamis.
"Kami sedang berbincang dengan 10 NOC dan wilayah yang berminat merentasi empat benua," kata ketua pengarah IOC Christophe de Kepper pada mesyuarat Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di Seoul.
De Kepper tidak menyebut pembida yang berpotensi itu namun berkata 10 projek bidaan "berada pada tahap yang sangat berbeza dan pembida sedang membangunkan cita-cita masing-masing mengikut tempoh masa serantau atau negara mereka sendiri."
Tiga Sukan Olimpik seterusnya akan berlangsung di Paris pada 2024, di Los Angeles pada 2028 dan di Brisbane pada 2032.
Negara-negara yang telah menyatakan minat untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2036 termasuk Mesir, India, Indonesia, Britain dan Korea Selatan.
--BERNAMA
TAG: IOC, Sukan Olimpik Musim Panas, hos, calon, pembida
#IOC #Sukan Olimpik Musim Panas #pembida #tuan rumah