awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irfan Bakti belum puas hati prestasi Skuad Penyu

Bernama
Bernama
08/04/2017
08:31 MYT
Irfan Bakti belum puas hati prestasi Skuad Penyu
IRFAN BAKTI: "Namun saya berpuas hati dengan tiga mata penuh yang diperoleh walaupun mutu persembahan perlu dipertingkatkan." Gambar fail
Pengendali pasukan Terengganu FA, Irfan Bakti Abu Salim masih belum berpuas hati biarpun pasukannya berjaya mencatat kemenangan ke atas Sabah dalam saingan Liga Perdana yang berlangsung malam tadi.
Beliau berkata banyak peluang diperoleh anak didiknya namun mereka gagal menterjemahkannya menerusi jaringan gol dalam aksi Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.
"Saya agak kecewa dengan persembahan malam tadi...penyudahnya masih kurang menjadi. Kita harap pemain dapat bangkit dan memperbaiki kelemahan selepas ini.
"Namun saya berpuas hati dengan tiga mata penuh yang diperoleh walaupun mutu persembahan perlu dipertingkatkan," katanya kepada pemberita, di sini.
Skuad Penyu berjaya menumpaskan Sabah dengan jaringan 2-0.
Gol Terengganu muncul hasil jaringan Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-32 dan Lazaro Vinicius pada minit ke-51. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Irfan Bakti Abu Salim
#Terengganu FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan