SUKAN

Irfan Zakaria menang tuntutan saman ke atas KDA FC

Astro Arena 04/09/2025 | 01:10 MYT
Irfan Zakaria. - Foto kelablegasikedah
KEDAH Darul Aman difahamkan perlu membayar tuntutan saman bekas pemain, Irfan Zakaria, yang melebihi RM400,000.

Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di X malam tadi, Irfan Zakaria menang tuntutan saman.

Difahamkan, Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan (NDRC) memutuskan tuntutan Irfan Zakaria diterima.

Sehubungan itu, kelab tersebut dikehendaki membayar kepada pengadu RM419,000 dan faedah 5 peratus setahun dari tarikh keputusan itu dikeluarkan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.





#Irfan Zakaria #saman #KDA FC #Kedah Darul Aman FC