"Bila prestasi kamu sudah naik, jangan fikir yang kamu sudah bagus."
Itu pesanan bekas pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang mahu juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin meneruskan usaha meningkatkan kemampuan diri bagi mencipta gemilang.
Chong Wei, yang menundukkan Iskandar 21-18, 21-11 di final kejohanan Masters Malaysia pada Sabtu, berkata prestasi cemerlang yang dipamerkan naib juara remaja dunia 2009 itu adalah satu perubahan positif dalam karier pemain berkenaan.
Namun Chong Wei mahu perubahan itu dikekalkan dan berharap Iskandar mampu mengekalkan prestasi cemerlang hingga ke tahap yang lebih tinggi.
"Satu yang bagus untuk kita tengok ialah Iskandar sudah berubah. Semangat dan rentak dia sudah dapat. Tadi saya jumpa dia dan beritahu supaya dia tidak berhenti di sini sebaliknya teruskan (prestasi cemerlang itu).
"Saya harap dia akan bermain lebih bagus di India (Kejohanan Berpasukan Asia). Dia sudahpun dapat keyakinan dan kita dapat tengok menerusi cara dia main hari ini...cukup luar biasa," katanya.
Menurut Chong Wei, perubahan ketara yang dapat dilihat pada pemain itu ialah semangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah dalam setiap perlawanan termasuk menentangnya di final hari Ahad.
Sementara itu, Iskandar berharap semua peminat badminton tempatan terus menyokongnya.
"Sekarang saya sudah nampak jalan dengan lebih jelas. Sekarang pun, peluang sudah datang yang mana banyak diberikan oleh (Pengara Teknikal Persatuan Badminton Malaysia, Morten) Frost.
"Saya harap dengan pengalaman sebegini dan peluang yang ada, saya dapat pergi lebih jauh, jadi lebih matang dan mempertingkatkan disiplin diri," katanya.
Bernama
Mon Jan 25 2016

Menurut Chong Wei, perubahan ketara yang dapat dilihat pada pemain itu ialah semangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah dalam setiap perlawanan termasuk menentangnya di final hari Ahad. - Foto Bernama

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan, ganti Rishi Sunak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melantik Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan baharu pada Selasa menggantikan Rishi Sunak yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di A.S
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS). Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

COVID-19 | Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai umum dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari. Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Politik Britain | Dua Menteri Kanan letak jawatan serentak
Peletakan jawatan dua Menteri Kabinet Kanan Britain memberi tekanan dan mampu menamatkan kepimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson selepas terpalit beberapa dakwaan skandal. Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.

Politik Britain | Boris Johnson mohon maaf skandal anggota kanan kerajaan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen, Chris Pincher yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.

Perang Rusia-Ukraine | Turkiye mahu tingkat rundingan bersama
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine. Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.

COVID-19: 2,932 kes baharu, tiga kematian direkod
Kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

Iskandar Zulkarnain kini jurulatih sepenuh masa di Ireland
Dia mengambil inspirasi daripada bekas jurulatihnya selaku nilai tambah dalam misi meningkatkan prestasi pemain.

Iskandar Zulkarnain terima tawaran jadi jurulatih di Ireland
Kariernya sebagai pemain masih belum berakhir tetapi tidak akan mempersiakan peluang untuk berkelana di bumi Eropah.

Iskandar kongsi rasa terkilan detik kemerosotan
Tetapi tidak ramai tahu kisah sebenar kejatuhan bekas juara kebangsaan perseorangan lelaki itu.

Iskandar perlu ubah sikap, jaga disiplin - Chong Wei
Iskandar tidak boleh merokok semasa menyertai kejohanan seperti Piala Thomas, Bangkok, Thailand dan seharusnya sedar dengan kesan kelakuannya itu.

Zii Jia, Jun Hao tidak boleh berlengah lagi - Misbun
Ia merujuk kepada prestasi semasa dua pemain itu dalam saingan Piala Thomas baru-baru ini.

Iskandar akan berentap dalam Masters Malaysia
Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, sah bakal beraksi dalam Kejohanan Masters Malaysia bermula 16 Januari ini.

Kehadiran Misbun cipta debaran
Skuad perseorangan lelaki badminton negara tampak bersemangat menantikan kehadiran Datuk Misbun Sidek apabila ketua jurulatih kebangsaan berusia 57 tahun itu bakal memulakan tugasnya pada 1 Julai ini.

Iskandar Zulkarnain mara ke suku akhir terbuka China
Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin buat pertama kali mara ke suku akhir kejohanan badminton Siri Super pada Terbuka China.

Iskandar melangkah ke suku akhir Terbuka Taiwan
Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, juga mara apabila tewaskan Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi 21-19, 21-18 dalam masa 36 minit.

Pemain negara bermula baik di Terbuka Australia
Iskandar Zulkarnain Zainuddin mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Brice Leverdez dari Perancis di Sydney.