awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri saran pembinaan litar drag diteruskan

Bernama
Bernama
24/05/2023
13:51 MYT
Ismail Sabri saran pembinaan litar drag diteruskan
Kata Ismail, kekurangan platform dan kompleks sukan permotoran merupakan antara punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia seperti lumba haram, aktviti samseng jalanan serta melepak. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan agar kerajaan ketika ini, menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), meneruskan pembinaan litar drag di setiap negeri seperti cadangan kerajaan terdahulu yang bernilai RM20 juta.
Beliau berkata ia untuk memberi peluang kepada belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.
"Pihak KBS dicadang supaya melawat litar perlumbaan drag yang telah siap dibina di Terengganu dan Johor bagi memahami tujuan cadangan, aspirasi serta minat golongan muda terhadap sukan permotoran," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata di Johor, pembinaan adalah pada kadar minimum seperti litar dan pagar keselamatan sahaja berbanding di Terengganu yang menelan kos lebih tinggi kerana mempunyai tempat duduk granstan.
Beliau berkata litar drag di Jempol, Negeri Sembilan yang siap dibina tahun lepas hasil usaha sama agensi swasta, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri juga hanya melibatkan kos RM1.3 juta.
Katanya kekurangan platform dan kompleks sukan permotoran merupakan antara punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia seperti lumba haram, aktviti samseng jalanan serta melepak.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata cadangan kerajaan terdahulu untuk membina litar perlumbaan drag khas di setiap negeri tidak akan diteruskan kerana akan menanggung kos penyelenggaraan yang sangat tinggi selain perlu diselia oleh pakar terlatih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Parlimen
#sukan permotoran
#litar drag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan