BERMULA 15 Januari ini, ahli akademik berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Dr Mohd Khairi Zawi akan mengambil alih tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang menyatakan Mohd Khairi menunjukkan visi yang jelas untuk mentadbir ISN sebagai sebuah institut yang bakal menjadikan sains dan perubatan sukan sebagai elemen teras dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi di Malaysia.

Mohd Khairi juga pernah menjadi juruperunding semakan Dasar Sukan Negara 1998, juruperunding Pelan Pembangunan Sukan Negeri Terengganu serta pelan Pembangunan Sepak Takraw 10 tahun Majlis Sukan Negeri Terengganu menggantikan penyandang jawatan itu, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang telah berkhidmat di ISN sejak 2013.

Mohd Khairi, 52, juga berkhidmat sebagai Ketua Program Siswazah (Doktor Falsafah) Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai kelulusan PhD pengkhususan dalam bidang Kemahiran Motor dan Biomekanik Sukan.