SUKAN
Israel mesti diharamkan bertanding oleh FIFA dan UEFA - Presiden Persatuan Bola Sepak Turkiye
Israel yang menjadi ahli penuh UEFA sejak 1994, menghadapi kritikan antarabangsa yang semakin meningkat berhubung serangannya ke atas Gaza, yang tercetus oleh serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 di dalam Israel. - Gambar fail Reuters
LONDON: Israel mesti diharamkan daripada menyertai semua pertandingan sukan berhubung serangannya ke atas Gaza, kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Turkiye, lapor PA Media/dpa.
Keputusan mungkin akan diambil minggu depan oleh UEFA sama ada untuk menggantung kelab dan pasukan kebangsaan Israel, lapor agensi berita PA.
Rancangan sedang diatur untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif luar biasa UEFA bagi membincangkan topik itu dan walaupun belum ada yang dijadualkan, difahamkan terdapat sokongan dalam kalangan ahli persatuan UEFA untuk mengambil tindakan.
Presiden Persekutuan Bola Sepak Turkiye, Ibrahim Haciosmanoglu mengumumkan pendiriannya secara terbuka dan dalam kenyataan yang dilaporkan oleh saluran berita dalam talian Sporx, berkata: "Walaupun meletakkan diri mereka sebagai pembela nilai bertamadun dan keamanan, dunia sukan dan institusi bola sepak berdiam diri terlalu lama.
"Sudah tiba masanya untuk FIFA dan UEFA mengambil tindakan. Israel mesti diharamkan daripada semua pertandingan sukan dengan segera."
Israel yang menjadi ahli penuh UEFA sejak 1994, menghadapi kritikan antarabangsa yang semakin meningkat berhubung serangannya ke atas Gaza, yang tercetus oleh serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 di dalam Israel.
Jibril Rajoub, Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin yang sekian lama menyeru agar Israel digantung, memberitahu media Norway yang beliau akan bertemu dengan Presiden UEFA, Aleksander Ceferin minggu depan, bersama dengan Kirsty Coventry, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
Presiden FA Israel, Moshe Zuares memberitahu TV2 Norway, tindakan menggantung negaranya "tidak akan menghentikan serangan atau apa yang sedang berlaku."
"Saya tidak fikir menghentikan bola sepak akan membantu dalam apa jua cara," katanya.
"Saya tidak melihat perang antara Rusia dan Ukraine berakhir selepas Rusia diharamkan? Saya tidak nampak yang ia menyelesaikan sebarang masalah."
Pentadbiran Trump di Amerika Syarikat berkata, ia akan berusaha untuk menghalang Israel daripada digantung daripada Piala Dunia.
Israel berada di tempat ketiga dalam kumpulan kelayakan di belakang Norway dan Itali.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini