SUKAN
Isu dokumen palsu: KDN tegaskan proses naturalisasi pemain kebangsaan patuhi syarat teliti
Saifuddin Nasution berkata, proses naturalisasi di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah atau boleh dimanipulasi, sebaliknya melibatkan prosedur berlapis dan ketat. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa setiap keputusan berkaitan pemberian kewarganegaraan termasuk bagi pemain warisan negara, dibuat secara sah dan teliti mengikut peruntukan undang-undang di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.
Ringkasan AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses naturalisasi di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah atau boleh dimanipulasi, sebaliknya melibatkan prosedur berlapis dan ketat.
“Proses ini melibatkan semakan dokumen lengkap, sesi temu bual, pengambilan biometrik serta verifikasi menyeluruh sebelum sesuatu keputusan dibuat,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa syarat utama bagi permohonan kewarganegaraan adalah keberadaan pemohon secara sah di Malaysia, dan bukannya sekadar mengemukakan permohonan dari luar negara.
“Semua keputusan dibuat mengikut tertib dan peraturan undang-undang. KDN bertanggungjawab memastikan urusan kewarganegaraan berjalan secara sah, telus dan berlandaskan Perlembagaan,” tegasnya.
Beliau berkata, semua pihak perlu memahami bahawa proses ini bukan sahaja melibatkan aspek perundangan, tetapi juga keselamatan dan integriti negara.
Saifuddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjatuhkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan kebangsaan kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Pemain yang dikenakan tindakan ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Menurut kenyataan FIFA, FAM didapati menyerahkan dokumen palsu bagi mengesahkan kelayakan pemain terbabit, membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.
Berikutan aduan rasmi diterima selepas perlawanan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.
Ringkasan AI
- KDN menegaskan bahawa semua keputusan berkaitan pemberian kewarganegaraan dibuat secara sah dan teliti mengikut Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan, melalui proses berlapis yang melibatkan semakan dokumen, temu bual, biometrik dan verifikasi menyeluruh.
- Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa pemohon mesti berada secara sah di Malaysia dan bukan sekadar mengemukakan permohonan dari luar negara, dengan setiap urusan kewarganegaraan mengambil kira aspek perundangan, keselamatan dan integriti negara.
- Kenyataan ini dibuat susulan tindakan FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain warisan kerana didakwa menyerahkan dokumen palsu untuk kelayakan perlawanan, yang membawa kepada denda dan penggantungan pemain serta rayuan oleh FAM terhadap keputusan tersebut.