SUKAN
Isu dokumentasi: Takkan kita nak tunduk dengan individu yang khuatir kebangkitan Harimau Malaya - TMJ
TMJ persoalkan kemungkinan terdapat entiti luar yang mempengaruhi keputusan FIFA sehingga tercetusnya hukuman yang dikenakan terhadap FAM. - Stadium Astro
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), hari ini berkongsikan surat pendokumentasian pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai tujuh pemain Malaysian Abroad untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.
Ringkasan AI
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut mempersoalkan kemungkinan terdapat entiti luar yang mempengaruhi keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sehingga tercetusnya hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan.
"FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia.
"FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?
"Lagi satu persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan.
"Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam 'public domain' walaupun proses rayuan belum selesai.
"Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.
"Tak kan kita takut dan nak tunduk dengan individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar," katanya lagi. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- TMJ kongsi surat pengesahan JPN mengenai tujuh pemain Malaysian Abroad yang layak mewakili skuad kebangsaan.
- TMJ persoal keputusan FIFA yang tiba-tiba menjatuhkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain, walaupun proses sebelum ini diluluskan.
- TMJ gesa FAM buat rayuan segera, sambil mempersoalkan kemungkinan pengaruh entiti luar dan menegaskan pendirian -Lawan tetap lawan-.