awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu dokumentasi: AFC anggap hukuman FIFA terhadap FAM perkara serius

Agensi
Agensi
28/09/2025
08:25 MYT
Isu dokumentasi: AFC anggap hukuman FIFA terhadap FAM perkara serius
AFC belum mengambil tindakan susulan dan akan menunggu keputusan penuh siasatan FIFA, sebelum membuat sebarang langkah lanjut.- AFC
KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengakui perkara berhubung keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menghukum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain Harimau Malaya berhubung dakwaan pemalsuan dokumen, sebagai kes yang amat serius.

Ringkasan AI
  • AFC mengakui kes penggantungan tujuh pemain warisan Malaysia oleh FIFA sebagai isu serius, dan sedang meneliti potensi implikasi terhadap kejohanan di bawah naungannya.
  • AFC belum mengambil tindakan susulan dan akan menunggu keputusan penuh siasatan FIFA, sebelum membuat sebarang langkah lanjut.
  • Penggantungan pemain warisan oleh FIFA boleh menjejaskan skuad Harimau Malaya dan kelab JDT, yang kini beraksi dalam Kelayakan Piala Asia 2027 dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Dalam satu kenyataan, AFC menyatakan bahawa pihaknya mengakui keseriusan perkara tersebut serta kemungkinan implikasi terhadap pertandingan yang dianjurkan di bawah naungannya.
"AFC mengakui keseriusan perkara ini dan potensi implikasi terhadap kejohanan kami. Situasi ini akan diteliti dengan teliti mengikut peraturan yang berkuat kuasa sebaik sahaja prosiding FIFA dimuktamadkan sepenuhnya," kata AFC.
Setakat ini, AFC belum mengeluarkan sebarang tindakan susulan dan akan menunggu hasil penuh siasatan serta keputusan rasmi daripada pihak FIFA sebelum mengambil langkah lanjut.
Ketika ini, skuad Harimau Malaya sedang beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 yang dikelolakan oleh AFC, di mana tujuh pemain warisan terbabit turut beraksi.
Malah, kelab tempatan iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menggunakan tiga khidmat pemain warisan itu juga boleh memberi kesan kepada penyertaan skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
FIFA menggantung tujuh pemain warisan membabitkan Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, selain mendenda FAM RM1.8 juta.
Topic Berkaitan
#FAM
#FIFA
#harimau Malaya
#Konfederasi Bolasepak Asia AFC
#isu dokumentasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan