[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
SUKAN

Isu dokumentasi: FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga Perlawanan Persahabatan Tier 1

Astro Arena 17/12/2025 | 05:15 MYT
Hukuman itu berikutan kes menurunkan pemain tidak layak dalam perlawanan persahabatan menentang Cape Verde, Singapura, dan Palestin. - Gambar fail/Bernama
JAWATANKUASA Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman tiga perlawanan antarabangsa Tier 1 Harimau Malaya diisytiharkan sebagai kalah 3-0.


Ringkasan AI
  • Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjatuhkan hukuman kepada Harimau Malaya dengan mengisytiharkan mereka kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa Tier 1.
  • Hukuman itu berikutan kes menurunkan pemain tidak layak dalam perlawanan persahabatan menentang Cape Verde, Singapura, dan Palestin.
  • Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414) dan akan memohon alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mengambil tindakan lanjut.


Ia membabitkan perlawanan persahabatan berdepan Cape Verde, Singapura dan Palestin.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini menjelaskan: "Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima hukuman terbaharu daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang bersidang pada 12 Disember 2025 berkaitan kes menurunkan pemain yang tidak layak.

"Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio itu mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 berikut:

"1- Malaysia lwn Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei 2025 yang berkesudahan seri 1-1.

"2- Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 2-1; dan

"3- Malaysia lwn Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 8 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 1-0.

"Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan tersebut.

"Selain itu, FAM turut dikenakan hukuman denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).
FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbang langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara ini," kongsinya. -- Stadium Astro






#isu dokumentasi #harimau Malaya #FIFA #isytihar Malaysia kalah #perlawanan persahabatan #Tier 1 #terkini #pemain warisan