SUKAN

Isu dokumentasi: Hamidin sudah berada di Zurich

Astro Arena 28/09/2025 | 09:41 MYT
Hamidin akan menghadiri mesyuarat FIFA, sekali gus mengemukakan rayuan penggantungan pemain warisan negara. - Stadium Astro
PRESIDEN Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, difahamkan sudah berada di Ibu Pejabat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland.


Ringkasan AI
  • Tan Sri Hamidin Mohd Amin berada di Ibu Pejabat FIFA di Zurich untuk menghadiri mesyuarat dan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan tujuh pemain warisan negara.
  • Tujuh pemain warisan digantung oleh FIFA atas dakwaan pemalsuan dokumen, termasuk Gabriel Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.
  • Rayuan ini penting kerana pemain-pemain terbabit sedang beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027, dan penggantungan boleh menjejaskan skuad Harimau Malaya.


Hamidin, yang merupakan Ahli Majlis FIFA, akan menghadiri mesyuarat badan induk itu, sekali gus mengemukakan rayuan penggantungan pemain warisan negara.

Perkara itu dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalam satu hantaran X sebentar tadi.
Iklan

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Kelmarin, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menggantung tujuh pemain warisan negara, iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano atas dakwaan pemalsuan dokumen. -- Stadium Astro



#isu dokumentasi #FIFA #FAM #Hamidin Mohd Amin #Zurich #harimau Malaya