awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu dokumentasi: Takkan kita nak tunduk dengan individu yang khuatir kebangkitan Harimau Malaya - TMJ

Astro Arena
Astro Arena
27/09/2025
07:49 MYT
Isu dokumentasi: Takkan kita nak tunduk dengan individu yang khuatir kebangkitan Harimau Malaya - TMJ
TMJ persoalkan kemungkinan terdapat entiti luar yang mempengaruhi keputusan FIFA sehingga tercetusnya hukuman yang dikenakan terhadap FAM. - Stadium Astro
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), hari ini berkongsikan surat pendokumentasian pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai tujuh pemain Malaysian Abroad untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Ringkasan AI
  • TMJ kongsi surat pengesahan JPN mengenai tujuh pemain Malaysian Abroad yang layak mewakili skuad kebangsaan.
  • TMJ persoal keputusan FIFA yang tiba-tiba menjatuhkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain, walaupun proses sebelum ini diluluskan.
  • TMJ gesa FAM buat rayuan segera, sambil mempersoalkan kemungkinan pengaruh entiti luar dan menegaskan pendirian -Lawan tetap lawan-.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut mempersoalkan kemungkinan terdapat entiti luar yang mempengaruhi keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sehingga tercetusnya hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan.
FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA & Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA? Lagi 1 persoalan, pic.twitter.com/dNOATxZWyT
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) September 27, 2025
"FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia.
"FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?
"Lagi satu persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan.
"Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam 'public domain' walaupun proses rayuan belum selesai.
"Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.
"Tak kan kita takut dan nak tunduk dengan individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar," katanya lagi. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#TMJ
#dokumen palsu
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#FIFA
#FAM
#harimau Malaya
#gantung
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan