SUKAN
Isu dokumentasi: Velez Sarsfield keluar kenyataan berhubung penggantungan Imanol Machuca
Imanol Machuca digantung 12 bulan oleh FIFA atas dakwaan pemalsuan dokumen. - Stadium Astro
PASUKAN Atletico Velez Sarsfield mengikuti rapat perkembangan mengenai hukuman penggantungan pemain mereka, Imanol Machuca, oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas menerima arahan lanjut daripada daripada Persatuan Bola Sepak Argentina.
Ringkasan AI
Menerusi satu kenyataan rasmi hari ini, kelab itu menjelaskan pihaknya dilarang mencampuri urusan itu selain komited sentiasa berkomunikasi dan menyokong pemain itu.
"Kelab Atletico Velez Sarsfield memaklumkan bahawa semalam kami telah dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Argentina mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengenakan penggantungan selama 12 bulan kepada pemain kami, Imanol Machuca.
"Oleh itu, dan sehingga pemberitahuan lanjut diterima, pemain kami tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana perlawanan yang dimainkan kelab.
"Kami menekankan bahawa Velez bukan sebahagian daripada proses disiplin FIFA dan dilarang daripada campur tangan.
"Kami juga sentiasa berkomunikasi dengan pemain untuk memantau kes ini dan menyokongnya sepanjang proses itu," katanya.
Kenyataan dikeluarkan susulan siasatan FIFA yang mendapati FAM dan tujuh pemain warisan negara termasuk Machuca didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen dan sedang dalam proses rayuan ketika ini. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Imanol Machuca digantung 12 bulan oleh FIFA atas dakwaan pemalsuan dokumen, menurut makluman daripada Persatuan Bola Sepak Argentina kepada kelabnya, Atletico Velez Sarsfield.
- Kelab Velez tidak dibenarkan campur tangan dalam proses disiplin FIFA, namun tetap komited menyokong dan berkomunikasi dengan Machuca sepanjang siasatan berlangsung.
- Kes ini melibatkan FAM dan tujuh pemain warisan negara, yang sedang dalam proses rayuan selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA.