Isu jawatan Presiden FAM: 'Guna kuasa penyokong' - Khairy

Madiha Abdullah
September 13, 2016 14:12 MYT
Penyokong boleh memberikan idea kepada FA negeri untuk dibawa ke pemilihan tahun hadapan.
SUSULAN desas desus tentang pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tahun hadapan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta agar penyokong bola sepak tempatan agar bersemuka dengan Presiden persatuan bola sepak negeri masing-masing.
Ini akan membolehkan penyokong memberikan buah fikiran dan cadangan mereka tentang siapa yang mereka rasakan layak memegang tampuk kepimpinan badan induk bola sepak negara itu.
Pendapat yang hanya diluahkan di laman sosial tanpa mengikut saluran yang betul, tidak akan membawa sebarang kebaikan.
Kuasa yang dimiliki oleh penyokong, kata Khairy, perlu digunakan dengan sebaiknya.

Penyokong bola yg selalu komen @FAM_Malaysia ambil tau lah tentang pemilihan nanti. Bawa rombongan fans jumpa Presiden Persatuan Negeri.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Maklum pada FA Negeri untuk undi calon yang terbaik bagi Exco @FAM_Malaysia. Gunakan kuasa peminat bola melalui state FA yg akan undi.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Khairy juga menjelaskan, presiden yang bakal dilantik perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang perlembagaan FAM selain perlu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli.
Bukan itu sahaja, presiden juga perlulah seseorang yang mampu membawa transformasi secara menyeluruh, dan yakin bahawa dia mempunyai kebolehan itu.

Calon Presiden @FAM_Malaysia mesti dapat kerjasama stakeholders & cari jalan buat transformasi total. Bukan awal2 kata orang takkan terima.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa hari kebelakangan ini, nama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, menjadi buah mulut penyokong bola sepak tempatan sebagai calon paling layak memegang jawatan itu.
Ini adalah susulan laporan Astro Arena yang menyebut Tony bersedia mempertimbangkan jawatan itu jika ditawarkan.
Dalam temubual bersama akhbar The New Straits Times pada Isnin, Tony memberitahu, jika dipilih, beliau akan melaksanakan perubahan secara drastik dan menyeluruh, dan tidak pasti jika FAM bersedia untuk menghadapi perubahan sebegitu.
Portal New Straits Times juga melaporkan Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu, FAM bersedia menerima sesiapa sahaja sebagai calon untuk memimpin organisasi itu.
#FAM #Persatuan Bola Sepak Malaysia #Tony Fernandes