Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

Isu pemain warisan: "Datuk saya lahir di Venezuela, nenek saya Sepanyol… maksud saya Malaysia, maaf"

Astro Arena 18/11/2025 | 07:46 MYT
Sebelum ini, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) kepada FIFA, manakala tujuh pemain terbabit didenda CHF2,000 (lebih kurang RM10,000) serta digantung selama 12 bulan. - Gambar/ Stadium Astro
PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi kenyataan rasmi hari ini berkongsikan perbualan rasmi dengan salah seorang pemain warisan negara yang didakwa melakukan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen sebelum ini.


Ringkasan AI
  • FIFA menerusi kenyataan rasmi mendedahkan perbualan dengan 'Pemain 1' yang dilaporkan melanggar Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen, tetapi pemain menimbulkan kekeliruan mengenai keturunannya.
  • Pemain tidak dapat menunjukkan salinan dokumen yang diserahkan kepada ejennya, menyebabkan pemeriksaan hanya dibuat terhadap sijil kelahiran neneknya, serta dokumen yang dikeluarkan oleh FIFA dan kerajaan Malaysia.
  • Sebelum ini, FAM diarah membayar denda besar kepada FIFA, manakala tujuh pemain terbabit dikenakan denda dan digantung selama 12 bulan dari aktiviti bola sepak.


Namun, pemain yang digelar sebagai 'Pemain 1' menimbulkan kekeliruan yang kuat apabila ditanyakan mengenai keturunan pemain itu.

Perkara itu susulan pemain itu menjelaskan asal usul datuknya adalah dari Vanezuela manakala neneknya pula daripada Sepanyol, sebelum kembali membetulkan kenyataannya dengan menjelaskan nenek dan datuknya berasal dari Malaysia.

"Berhubung 'Player 1', dia tidak dapat mengemukakan salinan dokumen yang diserahkan kepada ejennya ketika menghadiri satu jamuan bersama bapanya.

"Ini menyebabkan pemeriksaan hanya dapat dibuat terhadap (a) sijil kelahiran neneknya, Puan Maria Belen Concepcion Martin, lahir pada 16 Mei 1956 yang dikemukakan oleh FAM dalam siasatan kelayakan, (b) sijil kelahiran yang diperoleh oleh pihak pentadbiran FIFA, dan (c) sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

"Dalam hal ini, Jawatankuasa beranggapan kenyataan Pemain 1 penting. Dia adalah pemain terakhir yang ditemu bual, dan respons pertamanya terhadap soalan di mana neneknya dilahirkan adalah Sepanyol tetapi kemudiannya membetulkan dengan menyatakan "Malaysia".

"Kata-kata tepatnya ialah: "Datuk saya dilahirkan di Venezuela dan nenek saya di Sepanyol... maksud saya Malaysia, maaf"," kata dokumen itu.

Dokuman keputusan hasil siasatan FIFA.


Sebelum ini, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) kepada FIFA.

Manakala tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Jon Irazábal dan Hector Hevel masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (lebih kurang RM10,000) serta digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak. - Stadium Astro








#skandal pemain warisan Malaysia #FIFA #FAM #dalang penipuan dokumen