SUKAN
Isu pemain warisan: FAM tidak terima surat rasmi FIFA, AFC minta tunjuk dokumen
Noor Azman menafikan semua dakwaan beberapa pihak, selain menegaskan segala prosedur pendaftaran pemain telah dipatuhi sepenuhnya mengikut garis panduan sedia ada. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mahupun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung permintaan bagi mengemukakan semula dokumen pemain warisan negara.
Ringkasan AI
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menafikan semua dakwaan beberapa pihak, selain menegaskan segala prosedur pendaftaran pemain telah dipatuhi sepenuhnya mengikut garis panduan sedia ada.
"Setakat hari ini, kita tidak menerima apa-apa surat daripada AFC dan FIFA. Kita mengikut segala undang-undang. Kita menafikan segala kenyataan itu (merujuk kepada laporan berita)," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, sebuah portal berita Indonesia mendakwa jika benar Malaysia menggunakan pemain warisan secara tidak sah, FAM boleh dikenakan tindakan tegas oleh FIFA seperti penggantungan daripada semua kejohanan anjuran badan induk dunia itu termasuk Piala ASEAN.
Laporan itu turut menyebut keputusan perlawanan melibatkan pemain warisan milik Malaysia seperti kemenangan 4-0 ke atas Vietnam pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bulan lepas berkemungkinan dibatalkan dan berubah kepada kekalahan 0-3 buat Malaysia.
FAM sebelum ini menegaskan kelima-lima pemain warisan yang dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya telah melalui proses tapisan ketat yang ditetapkan oleh FIFA.
Lima pemain warisan baharu iaitu Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado menerima kelulusan rasmi daripada FIFA untuk mewakili skuad kebangsaan.
Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor Paul John setakat ini belum berjaya apabila beliau tidak dapat dihubungi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan tidak menerima sebarang surat rasmi daripada FIFA atau AFC berhubung isu dokumen pemain warisan, dan menolak dakwaan bahawa pendaftaran pemain tidak sah.
- Lima pemain warisan baharu Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado telah mendapat kelulusan rasmi FIFA untuk mewakili Malaysia selepas proses verifikasi ketat.
- Laporan yang mendakwa Malaysia boleh digantung daripada kejohanan FIFA dan kemenangan ke atas Vietnam dibatalkan dianggap tidak berasas oleh FAM, yang menegaskan semua prosedur dipatuhi sepenuhnya.