[TERKINI] Najib Razak kekal di Penjara Kajang
SUKAN

Isu pemalsuan dokumen: FAM terlepas pandang, turunkan semula Laporan IIC

Astro Arena 22/12/2025 | 10:46 MYT
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengadakan sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas FAM hari ini. - Foto Bernama
PEMANGKU Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengakui badan induk itu terlepas pandang memuat naik laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) di laman web rasmi mereka pada waktu yang tidak sesuai ketika kes pemalsuan dokumen sedang dibawa ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).


Ringkasan AI
  • FAM mengakui terlepas pandang memuat naik laporan IIC di laman web rasmi mereka pada waktu yang tidak sesuai semasa kes pemalsuan dokumen dibawa ke peringkat Mahkamah CAS.
  • Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, menyatakan laporan terpaksa diturunkan semula agar tidak mengganggu penyerahan dokumen oleh peguam FAM kepada CAS.
  • Yusoff menegaskan bahawa laporan IIC akan dimuat naik semula setelah mendapat pelepasan daripada kumpulan peguam, kerana ia merupakan dokumen awam.


Jelas Yusoff, dokumen laporan berkenaan terpaksa diturunkan semula kerana tidak mahu ia mengganggu penyerahan dokumen oleh kumpulan peguam FAM kepada CAS.

"Memang kami sudah memuat naik kerana laporan IIC itu adalah dokumen awam dan kerana itulah kami memuat naiknya pada petang hari berkenaan," katanya dalam sidang media hari ini.

"Akan tetapi, kami terlepas pandang bahawa pada tarikh yang sama, ia mrupakan hari kami menghantar dokumen ke CAS.

"Jadi, kami menurunkannya semula atas faktor tidak mahu laporan itu mengganggu penyerahan dokumen oleh peguam kami kepada CAS.

"Apapun, Saya berjanji selepas kami mendapat pelepasan daripada kumpulan peguam kami, kami akan memuat naiknya semula kerana ia merupakan dokumen awam." -- Stadium Astro






#silap muat naik #jawatankuasa siasatan bebas #pemalsuan dokumen #FAM #pemain warisan