Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

Isu tunggakan gaji: Ini ibarat periuk nasi kita - Jurulatih PDRM

Astro Arena 23/11/2025 | 07:22 MYT
Eddy mahu anak buahnya terus berjuang demi karier masing-masing walaupun hakikatnya mereka terpaksa 'ikat perut' gara-gara masalah tunggakan gaji. - Foto Stadium Astro
KETUA jurulatih PDRM, Eddy Gapil, menitipkan pesanan penting buat barisan pemain The Cops menjelang aksi Liga Super menentang Imigresen di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang petang ini.


Ringkasan AI
  • Ketua jurulatih PDRM, Eddy Gapil, memberi pesanan penting kepada pemain The Cops agar terus berjuang walaupun menghadapi masalah tunggakan gaji lima bulan.
  • Pasukan PDRM hanya meraih satu kemenangan daripada lapan perlawanan, tewas tiga kali berturut-turut tanpa menjaringkan gol disebabkan kesukaran kewangan.
  • Eddy mengingatkan pemain bahawa mereka perlu melaksanakan tanggungjawab dan menghormati pekerjaan mereka, serta berharap tindakan positif dari mereka untuk membantu pasukan mengatasi cabaran ini.


Pengendali itu mahu anak buahnya terus berjuang demi karier masing-masing walaupun hakikatnya mereka terpaksa 'ikat perut' gara-gara masalah tunggakan gaji.

Difahamkan, skuad PDRM tidak menerima bayaran gaji selama lima bulan sejak Mei lalu, sekali gus menyukarkan pasukan itu untuk bersaing musim ini.

Mereka hanya mencatatkan satu kemenangan daripada lapan perlawanan dan tewas kesemua tiga perlawanan terakhir tanpa dapat menjaringkan gol.

Eddy akui tidak banyak yang boleh dilakukannya selain memberikan motivasi buat pemain untuk kekal meneruskan perjuangan.

"Saya sering ingatkan pemain, ini ibarat periuk nasi kita, mereka suka atau tidak, mereka perlu laksanakan taunggungjawab mereka dan hormat pekerjaan mereka," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Harapan saya agar kepada yang berkenaan, akan ada satu tindakan yang positif daripada mereka untuk membantu pasukan.

"Ini kerana ia satu kerugian yang besar apabila berlaku masalah seperti ini dalam keadaan pasukan yang sebenarnya mampu untuk bersaing dalam liga tahun ini." -- Stadium Astro






#Liga Super #PDRM #tunggakan gaji #ikat perut