SUKAN
Itali langgar Israel, nyalakan semula laluan ke Piala Dunia
Aksi Retegui meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 kumpulan I antara Itali dan Israel di Stadium Bluenergy, Udine, Itali, 14 Okt 2025. (Foto AP)
HARAPAN tipis Itali untuk layak secara automatik ke Piala Dunia 2026 kembali menyala selepas menundukkan Israel 3-0, biarpun persembahan Azzurri jauh daripada meyakinkan di Stadium Bluenergy, Udinese.
Skuad kendalian Gennaro Gattuso meraih keputusan yang diinginkan dalam aksi di depan hanya sekitar 9,000 penonton di gelanggang berkapasiti 25,000 tempat duduk itu, tetapi bukan dengan gaya yang menenangkan penyokong menjelang pertemuan getir menentang pendahulu kumpulan, Norway, bulan depan.
Penyerang kelahiran Argentina, Mateo Retegui, muncul wira pasukan dengan dua jaringan apabila membuka tirai menerusi penalti di masa tambahan babak pertama, sebelum meledak satu lagi gol cantik menerusi sepakan lencong pada minit ke-74 untuk mengukuhkan kedudukan.
Bek tengah Gianluca Mancini kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-93 menerusi tandukan hasil hantaran Federico Dimarco, menjadikan keputusan 3-0 yang tampak lebih menyala daripada mutu permainan sebenar skuad Azzurri.
Itali selepas ini akan menentang Moldova di Chisinau, sebelum menanti kunjungan Norway di San Siro pada 16 November namun peluang gergasi Eropah itu masih bergantung kepada keputusan Estonia menentang Norway di Oslo, memandangkan kelebihan perbezaan gol besar dimiliki pasukan Scandinavia tersebut.
Sebelum itu, Israel hampir mengejutkan tuan rumah apabila berjaya mengatur gerakan balas pantas pada babak pertama.
Tai Baribo menghantar bola kepada Manor Solomon, yang kemudian melepaskan rembatan deras ke arah gawang sebelum diselamatkan penjaga gol Gianluigi Donnarumma dengan aksi refleks pantas menepis bola keluar.
Oscar Gloukh pula berpeluang membuka jaringan selepas menerima umpanan Anan Khalaili, namun sepakannya tersasar ke tepi gawang ketika pertahanan Itali kelihatan goyah dan keyakinan mereka mula terhakis.
Gol pembukaan akhirnya hadir pada hujung separuh masa pertama selepas Giacomo Raspadori menghantar bola ke kaki Retegui di dalam kotak penalti.
Ketika cuba berpusing, beliau dijatuhkan oleh Matan Baltaxa yang melakukan terjahan lewat dari belakang.
Retegui yang turut mengambil sepakan penalti itu dengan tenang melepaskan rembatan deras ke penjuru atas gawang bagi membuka jaringan 1-0 buat Itali.
Donnarumma terus menjadi benteng kebal apabila melakukan satu lagi aksi cemerlang pada minit ke-60, menepis rembatan rendah Solomon dengan tangan kanan bagi mengekalkan kelebihan pasukan.
Kesilapan pemain pertahanan kanan Israel, Eli Dasa, kemudian membawa padah apabila kawalan longgar membolehkan Retegui memintas bola, meluru ke dalam kotak penalti dan melepaskan sepakan lencong cantik yang menerjah jaring untuk gol kedua Itali.
Gol lewat Mancini sekadar menutup kemenangan, namun Gattuso jelas masih gusar dengan kerapuhan permainan anak buahnya walaupun kemenangan itu memastikan Itali terus hidup dalam saingan kelayakan zon Eropah. - Sinar Harian
Dapatkan berita terkini di sini