SUKAN
Ivan pamer aksi cemerlang raih tiga emas dalam acara olahraga
Di sebalik sokongan dan harapan yang disandarkan pada dirinya, Ivan (gambar) kekal tenang dan fokus terhadap matlamat yang lebih besar, iaitu memecahkan rekod dunia 100m, yang menjadi dambaannya selepas ini. --fotobernama
NAKHON RATCHASIMA: Jaguh pecut negara dari Tuaran, Ivan Jovic Suan mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih tiga pingat emas menerusi penampilan pertamanya pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025.
Ringkasan AI
Pencapaian itu lebih bermakna apabila beliau berjaya menewaskan pemenang pingat Paralimpik Malaysia.
Ivan mengejutkan peserta lain apabila menewaskan rakan senegara dan pemenang pingat Paralimpik Paris Eddy Bernard dalam acara 100 meter (m) T44 dan 200m T44, selain menjuarai acara 400m T44/T63.
Dalam acara akhir 200m T44, Ivan memecahkan rekod acara ini dengan catatan masa 24.25 saat, meleburkan rekod sebelum ini 26.40 saat yang dicatat oleh Ryan Arda Diarta dari Indonesia pada edisi Kemboja 2023.
"Saya tidak pernah menyangka untuk memenangi tiga pingat emas. Menjalani latihan pada tahun lepas, dan pada masa sama belajar sememangnya sesuatu yang mencabar. Saya bangun 4 pagi, berjoging dua kilometer, pergi ke sekolah dan kemudian menjalani latihan. Kadangkala saya hanya tidur lima jam sehari.
"Dan untuk mengalahkan idola saya sendiri, Eddy, sesungguhnya mengejutkan saya kerana saya sering kalah sejak bersaing dengannya pada Para SUKMA 2022," katanya.
Ivan berkata, saling memberikan kata-kata semangat selepas perlumbaan menjadikan kemenangan itu lebih bermakna, selain mencerminkan sifat hormat-menghormati antara kedua-dua atlet kelahiran Sabah itu.
"Dia beritahu saya, 'Masih boleh lagi ni, jauh lagi perjalanan,'" kata Ivan sambil menyifatkan kata-kata itu sebagai dorongan dan motivasi untuk menghadapi cabaran akan datang.
Di sebalik sokongan dan harapan yang disandarkan pada dirinya, jaguh pecut itu kekal tenang dan fokus terhadap matlamat yang lebih besar, iaitu memecahkan rekod dunia 100m, yang menjadi dambaannya selepas ini.
"Saya akan menghancurkan impian anda untuk merealisasikan impian saya. Bersedialah untuk itu," katanya dengan yakin.
Di sebalik pencapaian itu, kepercayaan yang diberikan daripada keluarganya menjadi sumber kekuatan, ibunya Josephen Maria, 50, berkata, doktor pernah memberitahu Ivan yang dilahirkan dengan kecacatan fizikal pada kaki kiri mungkin menghadapi kesukaran untuk berjalan.
Namun, wanita itu berkata, seiring peningkatan usia bakat Ivan semakin terserlah dan dengan dorongan daripada orang-orang di sekelilingnya yang melihat potensinya dan yakin beliau mampu bersaing pada peringkat lebih tinggi.
"Pada mulanya, kami tidak melihat bakatnya. Hanya ketika dia mula memasuki sekolah menengah dan memenangi pingat dalam acara 100m, 200m dan lompat jauh, kami sedar dia mempunyai kemampuan untuk berjaya," katanya.
Mengenai pilihan Ivan untuk berlatih di Sabah dan bukan Kuala Lumpur, Josephen berkata, beliau menyokong penuh keputusan anaknya, memandangkan pendekatan latihan yang diketuai keluarga itu telah membuahkan hasil.
"Jika latihan di Sabah mampu membawanya sejauh ini, mengapa tidak terus menyokongnya," katanya sambil menambah pihak keluarga tetap terbuka kepada pilihan lain pada masa hadapan, jika keadaan memerlukan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ivan Jovic Suan, jaguh pecut dari Tuaran, meraih tiga pingat emas dalam Sukan Para ASEAN Thailand 2025, menewaskan pemenang pingat Paralimpik Malaysia dalam acara 100m, 200m, dan 400m kategori T44/T63.
- Ivan memecahkan rekod dunia dalam acara 200m T44 dengan masa 24.25 saat, mengalahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh pesaing dari Indonesia.
- Di sebalik kejayaan Ivan, sokongan dan keyakinan keluarganya, terutamanya ibunya Josephen Maria, menjadi pendorong utama dalam perkembangan bakat dan kejayaan atlet pecut itu.