awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas di Ankara, bincang pelan damai Gaza
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jack Chang muncul penyelamat, sambar emas

Astro Arena
Astro Arena
08/06/2015
12:00 MYT
Jack Chang muncul penyelamat, sambar emas
Selepas kegagalan Diana Bong, Tai Cheau Xuen serta Phoon Eyin untuk membutirkan emas menerusi acara wushu, Jack Chang tampil membawa watak penyelamat. - Foto Astro Arena
Loh Jack Chang muncul penyelamat skuad wushu negara apabila menyumbangkan emas hari ini di Dewan Expo Singapura pada Isnin.
Selepas kegagalan Diana Bong, Tai Cheau Xuen serta Phoon Eyin untuk membutirkan emas menerusi acara wushu, Jack Chang tampil membawa watak penyelamat.
Jack Chang mengubah daripada rasa kecewa kepada rasa gembira dengan emas menerusi acara Taijiquan lelaki dengan mengumpul sejumlah 9.71 mata.
Perak dimenangi atlit Singapura Samuel Tan dengan sejumlah 9.69 mata sementara gangsa milik Julius Yoga Kurniawan dari Indonesia dengan 9.67 mata.
Hari terakhir acara Wushu turut menyaksikan Malaysia meraih gangsa menerusi Ng Shin Yii menerusi Taijijian wanita dengan sejumlah 9.69 mata. Emas dimenangi atlit Indonesia Lindswell dan perak Valerie Sim dari Singapura.
Secara keseluruhan Malaysia menamatkan aksi wushu di Sukan Sea ke-28 di Singapura ini di tempat kelima dengan 1 emas, 3 perak dan 3 gangsa.
Ia satu kemerosotan berbanding pungutan 3 emas, 5 perak dan 6 gangsa dua tahun lalu Myanmar.
Topic Berkaitan
#Loh Jack Chang
#Singapura
#Sukan SEA
#wushu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan