[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
SPORTS

Jack Wilshere kecewa tidak tersenarai dalam skuad England

Agensi 18/05/2018 | 04:01 MYT
Wilshere tetap menerima keputusan yang dibuat pengurusnya dan akan tetap menjadi penyokong England sepanjang masa.
PEMAIN tengah Arsenal, Jack Wilshere, kecewa tidak tersenarai dalam skuad England untuk beraksi di Piala Dunia 2018 Rusia kerana beliau merasakan mampu memberi impak besar kepada pasukan.
Walaupun beliau sebelum ini dihimpit masalah kecederaan dan sekadar beraksi 38 perlawanan untuk musim ini bersama Arsenal, beliau menjelaskan kini berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.
Memetik laporan Goal.com, Wilshere gagal menyerlah dalam perlawanan persahatan ketika bersama England menentang Belanda dan Itali seterusnya memaksa pengurus England, Gareth Southgate memanggil pemain Manchester City, Fabian Delph dan pemain Chelsea, Ruben Loftus- Cheek menggantikannya.
Jack Wilshere telah meluahkan kekecewaan tersebut di laman rasmi Twitter beliau.
“Saya ternyata kecewa apabila tidak disenaraikan untuk skuad England pada Piala Dunia akan datang. Saya berasa sangat cergas dan kuat sepanjang musim ini untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan,” kata beliau.
Bagaimanapun, beliau tetap menerima keputusan yang dibuat oleh pengurusnya dan akan tetap menjadi penyokong England sepanjang masa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain Wilshere, beberapa nama besar dalam Liga Perdana Inggeris turut tidak tersenarai iaitu Joe hart (Manchester City), Adam Lallana (Liverpool), dan Chris Smalling (Manchester United).
#Arsenal #bola sepak #England #Manchester United #Piala Dunia 2018 #Rusia #The Gunners #The Three Lions