SPORTS
Jangan biar liga tempatan didominasi pasukan tertentu, rencat skuad negara - Giggs
Giggs hadir pada sidang media mengenai Maybank Challenge Cup di sebuah hotel di ibu kota hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Saingan liga di Asia Tenggara termasuk Liga Malaysia memerlukan lebih banyak pasukan berkualiti sekiranya mahu melihat kancah bola sepak negara memiliki tarikan seperti Liga Perdana Inggeris (EPL).
Lagenda Manchester United, Ryan Giggs berpendapat, mana-mana liga tidak boleh terlalu didominasi oleh pasukan tertentu kerana ia akan merencatkan kualiti permainan.
“Ya, persaingan itulah yang anda perlukan, minggu demi minggu. Kini anda boleh lihat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), kualitinya begitu tinggi berbanding dahulu.
“Mungkin sebelum ini hanya dua atau tiga pasukan yang kuat, tetapi kini banyak pasukan yang mampu mengalahkan satu sama lain. Itulah yang diperlukan dalam liga domestik iaitu liga yang kompetitif,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media menjelang perlawanan antara Manchester United menentang pasukan ASEAN All Stars pada 28 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam pada itu, beliau berkata, kekuatan pasukan kebangsaan turut dipengaruhi oleh prestasi liga tempatan kerana kedua-duanya saling berkait rapat.
“Jika pasukan kebangsaan menunjukkan prestasi yang baik, ia secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti bola sepak negara.
“Gabungan pemain asing dan pemain tempatan juga agak membantu. Kita boleh belajar daripada pemain import, mereka juga boleh mempelajari sesuatu daripada pemain tempatan,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam menganggap, kehadiran Giggs menyuntik semangat luar biasa kepada peminat arena bola sepak rantau Asia Tenggara.
“Kehadirannya bukan sekadar membangkit keterujaan dalam kalangan peminat, malah merancakkan lagi sambutan terhadap kembalinya Manchester United ke Bukit Jalil selepas 16 tahun,” katanya.