KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak mahu keputusan seri tanpa jaringan ketika berhadapan Thailand tempoh hari berulang ketika melayani kunjungan Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018, Selasa ini.
Memetik laporan Bernama Cheng Hoe berkata peluang beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu harus digunakan sebaik mungkin untuk mencatat keputusan positif sebagai bekalan selesa untuk dibawa pada aksi kedua yang dijadual berlangsung pada 15 Dis di Hanoi.
"Apa yang penting saya nak sekali lagi pemain fokus dengan perlawanan pertama ini sebab kita tidak boleh lagi lepaskan peluang bermain di laman sendiri.
"Pemain sudah pasti belajar sesuatu di perlawanan lepas bila kita kalah dan kali ini pasukan mempunyai keyakinan dari segi kombinasi dan keserasian juga telah bertambah. Inilah peluang terbaik untuk kita dapatkan keputusan positif," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, pada Sabtu.
Cheng Hoe berkata, beliau tidak begitu risau mengenai kecederaan yang dialami dua tonggak pertahanan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak serta penggantungan Muhammad Syahmi Safari.
Ini kerana katanya pasukan masih mempunyai barisan pemain simpanan yang berkualiti serta sentiasa berada dalam keadaan bersedia sekiranya diturunkan pada bila-bila masa.
"Setakat ini hanya dua pemain belum 100% cergas iaitu Aidil dan Syazwan tetapi yang lain dalam keadaan terbaik. Pemain seperti Irfan yang masuk gantikan Aidil ketika menentang Thailand bermain dengan baik walaupun menjaringkan gol sendiri. Saya rasa kali ini jika dia diturunkan dia akan lebih berkeyakinan.
"Untuk posisi Syahmi Safari pula mungkin Amirul Azhan akan diturunkan dan Adam Nor Azlin juga mempunyai peluang. Kita akan lihat sehingga hari terakhir latihan sebelum menentukan siapa yang akan bermain posisi itu," tambah beliau.
Astro Awani
Sat Dec 08 2018
Cheng Hoe berkata peluang beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu harus digunakan sebaik mungkin. - Foto fail Bernama.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
PM mahu projek SMISTA di Bukit Jalil disegerakan
Beliau juga mahu proses tender bagi projek pembinaan sekolah itu dilaksanakan dengan penuh teliti.
Himpunan Pembebasan Palestin: Anggota trafik berkawal, pastikan lalu lintas lancar
Sebanyak 65 pegawai dan anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sekitar Axiata Arena, Bukit Jalil.
Suspek pecah cermin kereta di kawasan LRT Awan Besar ditahan
Suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada Rabu di sekitar kawasan Razak Mansion.
Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian.
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.