awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah

Bernama
Bernama
01/09/2024
08:30 MYT
Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah
Datuk Dollah Salleh berkata 'dasar' memandang pemain warisan sebagai jaguh juga perlu dihentikan kerana tidak semua pemain terbabit beraksi di peringkat tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemilihan pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.
Legenda bola sepak negara Datuk Dollah Salleh berkata 'dasar' memandang pemain warisan sebagai jaguh juga perlu dihentikan kerana tidak semua pemain terbabit beraksi di peringkat tinggi.
"Ini masalah kita. Bila ada pemain warisan main di kelab luar negara, kita mesti anggap mereka macam bintang. Dia bermain dalam divisyen apa pun kita tidak tahu, kadang-kadang pasukan biasa saja.
"Jangan sebab hanya main di luar kita panggil, dan tiada kesan kepada pasukan. Pemain naturalisasi juga jangan tangkap muat, kita kena ingat pemain tempatan juga banyak tersadai," katanya kepada pemberita.
Pada masa sama, jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja Pulau Pinang 2024 itu berkata sudah tiba masanya pemain tempatan diketengahkan kerana dalam kalangan mereka mempunyai keupayaan jika diberi peluang menyarung jersi kebangsaan.
Khamis lepas, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan skuad Harimau Malaya dijangka menerima pemain warisan dalam masa terdekat iaitu penyerang St Louis City II, Wan Kuzain Wan Kamal di Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak malaysia
#Dollah Salleh
#pemain warisan
#pemain tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan