SUKAN
Jannik Sinner tewaskan Carlos Alcaraz, raih kejuaraan Wimbledon pertama
Sinner menjadi pemain Itali pertama menang perseorangan di Wimbledon, mempamerkan prestasi unggul dalam empat set. - Foto AP
LONDON: Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, mencipta sejarah apabila menewaskan juara bertahan dua kali, Carlos Alcaraz, dalam perlawanan akhir penuh aksi di Wimbledon, sekali gus merangkul gelaran Grand Slam keempat dan kejuaraan Wimbledon pertamanya.
Ringkasan AI
Sinner, 23, bangkit selepas tewas set pertama untuk mencatat kemenangan 4-6, 6-4, 6-4, 6-4 di gelanggang Centre Court, menamatkan rentetan lima kekalahan berturut-turut kepada Alcaraz dan menjadi pemain Itali pertama yang memenangi gelaran perseorangan Wimbledon.
“Ini satu impian yang menjadi kenyataan,” kata Sinner selepas perlawanan.
“Saya tidak pernah bayangkan akan berada di sini. Terima kasih kepada pasukan saya dan semua yang hadir hari ini.”
Perlawanan ini merupakan ulangan kepada final epik Roland Garros bulan lalu, di mana Alcaraz bangkit daripada tiga mata kejuaraan untuk menewaskan Sinner.
Namun kali ini, tiada kebangkitan dramatik buat pemain Sepanyol itu, yang gagal mempertahankan gelaran buat kali ketiga berturut-turut.
Sinner mempamerkan permainan mantap dengan 40 pukulan kemenangan, memenangi 30 daripada 40 peluang di jaring, dan menyelamatkan empat daripada enam mata pemecah dalam perlawanan selama tiga jam.
Alcaraz, 22, yang sebelum ini memenangi lima gelaran Grand Slam, mengakui kehebatan lawannya:
“Saya bangga dengan perjalanan saya setakat ini. Jannik bermain dengan luar biasa dan kami saling mendorong untuk menjadi lebih baik.”
Kemenangan ini menjadikan Sinner sebagai pemegang tiga daripada empat gelaran utama - Wimbledon, Terbuka Australia dan Terbuka AS - dan membuka peluang untuk mengejar gelaran Grand Slam penuh di Roland Garros tahun depan.
Perlawanan akhir ini turut disaksikan oleh tokoh ternama termasuk Putera dan Puteri Wales, serta bintang Hollywood seperti Nicole Kidman dan Keira Knightley, menambah kemeriahan kepada detik bersejarah buat tenis Itali dan dunia.
Ringkasan AI
- Jannik Sinner menewaskan Carlos Alcaraz untuk meraih kejuaraan Wimbledon pertamanya dan gelaran Grand Slam keempat.
- Sinner menjadi pemain Itali pertama menang perseorangan di Wimbledon, mempamerkan prestasi unggul dalam empat set.
- Kini pemegang tiga daripada empat gelaran utama, Sinner berpeluang memburu gelaran Grand Slam penuh di Roland Garros tahun depan.