Jaringan Moura bantu Spurs lakar kemenangan

Astro Arena
Disember 6, 2021 01:54 MYT
Lucas Moura meraikan gol pertama pasukannya ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Norwich City, di Stadium Tottenham Hotspur, London, 5 Dis 2021. (Foto AP)
JARINGAN Lucas Moura mencetusi inspirasi kemenangan Tottenham 3-0 ke atas Norwich City.
Pemain Brazil itu membuka jaringan seawal minit ke-10 di Stadium Tottenham Hotspur.
Dua gol daripada Davinson Sanchez dan Son Heung-min memastikan kemenangan buat skuad kendalian Antonio Conte melintasi Arsenal ke tangga ke lima Liga Perdana Inggeris (EPL).
Spurs akan kembali beraksi pagi Jumaat ini bertemu Rennes dalam saingan Liga Conference dalam memburu slot ke pusingan kedua.
#Lucas Moura #Tottenham Hotspur FC #Norwich City #EPL